Mungkin ramai yang menantikan aksi Zul Huzaimy di layar perak.
Kini beliau kembali sebagai tunjang utama bagi filem “Survival Thriller” ini diilhamkan dari kisah benar terbitan KASH PICTURES SDN BHD yang mula ditayangkan pada 9 Mei 2024.
Filem arahan Ayez Shaukat ini menampilkan beberapa pelakon popular seperti Zul Huzaimy , Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, Khir Rahman, Zakaria Zahid, Erynn Abdullah dan ramai lagi.
Filem “Survival Thriller” ini diilhamkan dari kisah benar yang berlaku kepada Nicholas Andrew, seorang penjawat awam Askar Wataniah yang mengharungi pelbagai kesusahan menyelamatkan dirinya dan juga rakannya selepas terlibat dalam satu kemalangan.
Kisah benar ini berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung.
Tanpa makan dan minum selama 4 hari dan bersertakan luka yang penuh seluruh badan, beliau terpaksa mengesot di hutan tersebut dan berdepan pelbagai rintangan dan binatang buas untuk menyelamatkan dirinya.
Sinopsis Filem Ngesot
Filem Ngesot ini mengisahkan tentang Zul Huzaimy yang membawa watak Syazwan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama kawan baiknya.
Kenderaan yang mereka naiki tercampak ke dalam gaung dan kehilangan mereka menimbulkan tanda tanya buat isteri dan adik Syazwan, iaitu Nisa dan Suria bagi melakukan yang terbaik untuk mencari mereka.
Syazwan yang memiliki semangat juang tinggi dan berjiwa besar, terpaksa berdepan dengan kesukaran selepas cedera parah dan tersesat jauh ke dalam hutan.
Dengan keadaan tulang kaki yang patah, beliau terpaksa mengesot tanpa bekalan makanan dan minuman untuk keluar dari hutan tersebut.
Bolehkah Syazwan menyelamatkan dirinya?
Trailer Filem Ngesot
Review Filem Ngesot oleh Bro Framestone
Ikutkan, dah lama Bro tak follow lakonan Zul Huzaimy yang bagi Bro lakonannya berstyle dan unik jika dibandingkan dengan pelakon yang sedia ada ketika ini.
Pemilihan beliau sebagai tunjang utama adalah pilihan terbaik.
Dari segi lakonan, mimik muka dan penjiwaan watak yang disampaikan dengan sedikit dialog mampu buat penonton terasa seperti berada dalam situasi yang sedang beliau hadapi.
Walaupun ianya bukan filem hantu, tetapi ia mampu membuat penonton berasa meremang keseraman & kengerian sepanjang menontonnya.
Ada beberapa babak macam kurang masuk dek akal.
Tetapi itu la benda yang mungkin dihadapi oleh seseorang yang kehilangan semangat hidup bila terperangkap dalam hutan dengan keadaan badan cedera parah serta keletihan tanpa makan dan minum.
Babak paling tak boleh blah bagi Bro bila Zul Huzaimy terpaksa makan cacing untuk terus hidup dan juga iktiar menghidupkan api semata-mata untuk merokok.
Tetapi elemen seperti ini mampu membuat penonton rasa pengalaman satu suasana yang berbeza selain rasa seram dan juga meremang. Sekurang-kurangnya, korang mampu gelak atau loya seketika ketika menontonnya.
Bagi Bro, Filem Ngesot ini merupakan satu naskah yang perlu kita ketengahan oleh pengarah baru ketika penonton Malaysia lebih gemar menyaksikan filem aksi. Sedangkan filem bergenre “Survival Thriller” lebih nampak real dan mampu buat kita rasa seperti sedang merasainya.
Maka, korang jangan lupa untuk menyaksikan Filem Ngesot terbitan KASH PICTURES SDN BHD yang mula ditayangkan pada 9 Mei 2024.