Swiss Garden Beach Resort Kuantan menjadi lokasi percutian kami sekeluarga di pantai timur. Terima kasih kepada blogger Deq Noor atas penajaan penginapan dan percutian kami sekeluarga kali ini.
Kami sekeluarga hargai sesangat walaupun beliau tidak dapat sertai kami disaat-saat akhir atas urusan kerja yang perlu diutamakan.
Mesti anda tertanya-tanya kenapa beliau bermurah hati menaja penginapan dan percutian kami sekeluarga, bukan?
Ini kerana Bro terpilih sebagai top pengomen tegar blog beliau sepanjang tahun 2014.
Nak tahu bagaimana nak menang sesuatu seperti ini?
Jemput baca entry ini – Pengomen Blog Tegar Menang Pakej 3H2M di Swiss Garden Residence.
Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya beberapa jam,
Malangnya Bro banyak lokasi perlu berhenti sebab bawa anak kecil, pepaham je la. Dan juga ada janji-janji yang Bro perlu tunaikan sepanjang on da way ke sana.
Bro check-in dalam pukul 3 lebih selepas kenyang menikmati ikan patin masak tempoyak yang dibelanja oleh blogger Kucha lana.
Bilik Swiss Garden Beach Resort, Kuantan
Deq Noor bagitau, bilik yang Bro duduki ini merupakan bilik beliau sebelum ini sewaktu datang ke sini dulu.
Oh ye ke? Awat xde bau Deq Noor, kata Bro kepada beliau dalam keadaan bergurau.
Memang bilik yang ditempah beliau berada ditingkat bawah dan menghadap ke kolam renang. Memang cantik pemandangan jika dilihat dari dalam bilik.
Sepatutnya kami dapat katil besar, malangnya bilik yang mempunyai katil besar dah habis. Maka mintak izin mereka untuk gabung 2 katil ini.
Terdapat almari yang agak besar dah luas untuk menyimpang bagasi dan juga mengantung pakaian.
Yang menariknya, Baby Fisha suka main sorok-sorok dalam almari itu, termasuk daddy dia.
Workstation Bro sepanjang berada disini selama 3 hari 2 malam merangkap markas kesukaan Baby Fisha.
Suka sangat dia duduk disini,
Teman daddy buat kerja ek. Ke tak sabar nak merasa pegang laptop time daddy tiada atau terlepas pandang he…23x
Kerusi yang disediakan didalam dan diruang balkoni bilik kami.
Ini juga merupakan port Baby Fisha duduk (dah pandai panjat kerusi dan duduk), Sebelahnya kerusi daddy dia. Nampak sangat suka ikut apa yang daddy dia buat.
Bilik Air Swiss Garden Beach Resort, Kuantan
Ini juga lokasi yang paling diminati oleh Baby Fisha.
Tak lain tak bukan – tab mandi. Tiap kali kalau kami pergi bercuti, kalau boleh nak dapatkan bilik yang ada tab mandi. Sebab Baby Fisha suka berendam lelama sewaktu mandi.
Ruang dalam bilik airnya agak luas dan selesa untuk digunakan seisi keluarga.
Nampak menarik dan tersusun rapi sahaja Toiletries yang mereka sediakan.
Rasa macam sayang je nak gunakan.
Pantai Persendirian Swiss Garden Beach Resort, Kuantan
Disini turut disediakan pantai persendirian untuk tetamu mereka mandi laut. Keadaan pantainya tidak ramai orang, maka agak selesa untuk mandi manda disini.
Pemandangan mata agak terbatas juga disini. Tak dapat nak cuci mata he…23x
Tapi seronok Baby Fisha bermain kejar-kejar atas pantai. Malangnya bila dia pijak pasir yang kering, dia menangis. Tak biasa pijak benda-benda lembut.
Nampak je ganas, tapi hati ada taman.
Penat mengejar Baby Fisha, akhirnya dapat gak bergambar macam ini.
Tak nampak kan wajah kepenatan pada Baby Fisha. Malamnya terus lena tak sedar apa-apa, bawa keluar makan pun kena dukung sebab tidur, tapi tetap tak bangun-bangun.
Habis bateri terus dia.
Swiss Garden Beach Resort Kuantan
2656 2657 Mukim Sungai Karang Balok Beach
Kuantan 26100
Phone:+60 9-544 7333
gua pun tak pernah menginap disini..tahun lepas ada offer free..orang sponsor tapi gua malas..hahahaa
Lu malas kenapa pulak
ok lepasni nak kena menang top komentar hehehehe
All da best…!!!
bile ingat2 balik, dulu penah duk hotel ni, bestttt suke breakfast die, time ni la p mkn ana ikan bakar petai…
Yup… Bro makan dekat sana gak hari tue
mcm best jak..mcm seronok jak..lpas nie bole la bwa org rumah jaln2x.. hihi
Memang seronok, kalau tahu lokasi makan dan menarik untuk dilawati.
Kalau datang sana, baru nak mencari. Agak kurang menarik jadinya. Masa disana amat berharga.
Congratulationz Bro. Minggu ini pun kami akan ke sana, tapi guna fulus sendiri. Belum ada rezeki untuk disponsor maca,m Bro.
Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Kuantan memang best sebab banyak tempat pelancongan menarik. Untuk panduan tempat menarik, senarai kat sini agak membantu: . Lagi best sebab orang sponsor le, kan?
Nak sponsor ke? he…23x
Kalau sudi, saya terima je….