September 22, 2023

Menikmati Satay Kambing Di Jakarta, Indonesia #AirAsia

Malam pertama Bro berada di Jakarta.

Bro minta pemandu pelancong untuk bawa bro makan di gerai tepi jalan di Kota Jakarta.

Bro lebih suka menikmati makanan di tepi jalan berbanding di tempat mewah atau restoran yang mempunyai nama.

Tujuan bro turun ke Jakarta untuk melancong dan menikmati makanan istimewa di sini. Dimana sukar untuk ditemui di Malaysia.

Baru berbaloi perlancongan selama seminggu Bro di Indonesia yang ditaja oleh Air Asia.

Menu pilihan bro adalah Satay Kambing.

Untuk 20 batang, ianya berharga Rp 46,000 (dalam RM17) dimakan bersama Nasi Goreng Kambing yang berharga Rp 17,000 (dalam RM5) + Es Apel Rp 7,000.

Kalau ikutkan daging lembu, bro memang dah tak boleh makan, inikan pula daging kambing.

Tapi bro bedal sahaja, (asalkan ubat ada menemani, kalau tau dek nurse bro di Malaysia, mahu kena ketuk kepala ini)

Satay ini dimakan dengan kuah kicap yang digaul bersama cili potong + bawang.

Bawang digunakan untuk memecahkan lemak yang terdapat pada daging kambing.

Bicara Bro : Memang terbaik.

Hasilnya, bro balik jalan pusing-pusing (pening kepala)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Menikmati Satay Kambing Di Jakarta, Indonesia #AirAsia

    1. Dorang sponsor semua sekali. Dari flight, tempat tinggal, makan dan travel agent :)

      Macam mana dapat?

      Ada orang dalam Air Asia yang berminat nak berkerjasama dengan bro dan menggunakan blog bro sebagai medium mempromosikan mereka :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *