April 25, 2024

Kegiatan Penjualan Sperma Dan Ovum Di Pasaran

Bank Sperma?

Apa yag anda tahu mengenai bank sperma yang pernah menjadi topik hangat 5 tahun lepas di Malaysia?

Ke anda apa-apa pun tak tahu mengenai bank sperma ini?

Bro bukan nak sembang mengenai bank sperma atau seangkatan dengannya. Cuma nak berkongsi beberapa info dan artikel mengenai kegiatan penjualan sperma dipasaran.

Bukan sperma sahaja dijual, bahkan ada juga individu yang menjual ovumnya.

Baka manusia ini boleh dibeli dengan mudah sehingga mencecah harga RM100,000 sebotol, bergantung pada siapa si pendermanya.

Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia.

Ini kerana, golongan ini mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.

Di Malaysia, bro tak pasti kegiatan ini berlaku atau tidak.

Harga sebotol kecil air mani lelaki di pasaran antarabangsa boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol, bergantung kepada etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.

Ovum wanita pula pernah dijual sehingga RM100,000

Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed
Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)




Urus niaga sperma dan ovum di dunia yang dilaporkan mencecah nilai berbilion ringgit setahun.

Denmark merupakan salah satu negara pembekal sperma terbesar dunia dengan mengeksportnya ke beberapa negara seperti Kanada, Kenya, Paraguay dan Hong Kong.

Siapa pula pembelinya?

Sperma dan ovum mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian, wanita yang enggan berkahwin, serta wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak.

Bicara Bro : Bagi mereka yang beragama Islam, perkara ini dilarang sama sekali dalam agama.

Tak sanggup nak jual sperma sendiri. Tak pasal-pasal ada budak muka serupa macam bro dan mengaku anak bro. Check DNA, dah menampakan yang itu anak bro.

Macam mana nak bagi harta pusaka atau wasiat. (Jika ada orang mempergunakan teknik ini untuk membolot harta yang bro tinggalkan untuk keturunan bro)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Kegiatan Penjualan Sperma Dan Ovum Di Pasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *