Bro jarang angkat panggilan dari no. yang tidak dikenali, terutama dari no. talian tetap. Cuma lately agak rajin Bank & Klient hubungi, maka terpaksa rajinkan diri juga angkat setiap panggilan yang diterima.
Hari ini, Bro terangkat panggilan dari no. 03-9201 8118 terus terdengar suara dari mesin yang menyatakan ia panggilan dibuat dari RHB Bank.
Dalam hati dah fikir benda lain dah, “Sejak bila aku ada hubungan dengan RHB Bank?”
Kemudian ia menyatakan Bro ada tunggakkan bernilai RM3,972 (sama macam kes mamat ini kena) – Tak sangka kami punyai nilai tunggakan yang sama he…23x
Bila dengar baris ayat itu, terus Bro letak panggilan dan sambung main game di handphone (salah satu punca kenapa Bro xpernah miss angkat panggilan he…23x)
So, bro google benda ini dah terjumpa perkongsian dari facebook RHB Group, dan Bro olah untuk dikongsikan dalam artikle ini.
Bila baca komen pada post itu, rupanya bukan Bro seorang sahaja yang terima panggilan yang sama pada hari ini. Terdapat beberapa lagi hadapi serangan scammer kali ini.
Penipuan Scammer Guna No. Telefon RHB Bank
Sila ambil perhatian bahawa penipuan melalui telefon menggunakan nombor telefon RHB sedang berlaku. Pelanggan diingatkan bahawa RHB Banking Group tidak pernah dan tidak akan meminta pemindahan dana ke dalam mana-mana akaun pihak ketiga.
Pelanggan perlu menolak mana-mana permintaan tersebut dan segera melaporkan kejadian itu kepada RHB Banking Group di +603-9206 8118 (Tetapi, no ini pula digunakan oleh Scammer untuk Scam orang lain).
Jangan sesekali menjadi mangsa kepada mana-mana penipuan melalui telefon atau e-mel perbankan.
Selain itu, pelanggan juga perlu beringat dan berhati-hati dengan pemberitahuan yang dikeluarkan oleh:
1) Polis Diraja Malaysia (PDRM):
- JANGAN layan sebarang panggilan telefon / SMS / e-mel yang meminta butiran akaun bank anda
- JANGAN dedahkan maklumat akaun / nombor PIN ATM / kata laluan perbankan Internet kepada sesiapa
- JANGAN ikut arahan dari pihak yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan kepada butiran akaun bank anda
- JANGAN menjadi mangsa skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu baik untuk menjadi kenyataan
2) Bank Negara Malaysia:
Orang ramai yang mempunyai akaun bank adalah dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. Bank atau pihak berkuasa yang berkenaan TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi melalui panggilan telefon.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan kewangan, lawati laman financial fraud alert di http://fraudalert.bnm.gov.my (Laman Web agak ketinggalan zaman).
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
biasalah, scam orang pun senang.
yang peliknya, mana dapat nombor kita? -_-
Hoh RHB pun kena juga. Polis sebelum ni bagitau pengguna Maybank kena hati-hati. Sekarang semua bank dah kena berhati-hati.
Hmmm memang kantoi kalau telefon kata dari RHB sebab tidak ada akaun di RHB.
kasihan bank RHB..
terpalit dengan isu sebegini…
semoga kita sentiasa berhati-berhati
agat tidak terkena penipuan
memang bahaya betul la zaman sekarang ni kan.macam-macam cara orang nak menipu
menakutkan la skrg ni..
banyak scammers skrang n
orang sekarang kan, semua benda nak senang je. keje nak menipu je. usaha malas. apa la. ishh
kang dia tanya pulak.. en ada hutang2 sekian2… warghh ini scam nih.. sekali ptptn daa ..
jenis aku….. nampak je no dari KL atau no panjang start dari 03.. takkan angkat haha… memang takkan angkat huhu.. dah banyak kali terkena agen insurans dulu.. so takmau angkat dah huhu
SA pun dapat panggilan yang sama dan SA terus cutoff the line sbb dah agak..SA mana ada credit card RHB
bahaya bahaya,
macam-macam hal sekarang nih
salam bro semua bank pon ada saya kena dari Hong Leong dan member dari CIMB dan ada kena scam dari Bank rakyat yang peliknya semua cawangan bank yang di katakan anda buat loan itu di Pulau Pinang aje dan mereka tahu IC kita tapi nasib baik saya tiada apa-apa pun bank account serta no account bank yang mereka beri itu ialah account untuk menipu judi haram di internet berpusat di singapura so hati-hati ye
Terima kasih… Tapi adakah dari No yang sama?
Macam kes RHB nie, panggilan dibuat dari no rasmi RHB. Dan no itu mmg no dari RHB.
ye no line ori dari bank sebenar dan juga no ipk pulau pinang dan ipk kl pun ori so dia orang guna scam ni nak duit cepat ada kena tipu pasal pinjaman rumah pun ade sampai hilang ratus ribu hari jumaat hari tu ada report polis pasal hal ni polis kata dah ramai report kat dia orang pasal kes ni ipk pulau pinang sedang siasat perkara ni
kes ni bro dah sampai ke KK Sabah sebab ada orang di KK kena scam. nasihat saya jangan buat apa2 pembelian online pakai online banking beli je kak Low Yat ke atau mana kedai biar mahal asal selamat sebab dia orang ada hack account Lelong saya sebab situ je ada full detail saya lain saya guna fake id sebab yang lain tu luar negara bro.
sy ta boleh msuk rhb now then popup suruh kol no tu..perlu kol ke ta? sbb dlm website boleh bukak tp dlm fon je ta boleh bkak. ada pendapat ta?
Sy dpt wasap dri Agen RHB.. die kat boleh buat loan.. dan boleh tolong kita wlau ada mslah komitmen tinggi.. tp mushkil cm ner die dpt no kita… peliklh…
saya dapat offer buat loan dari seorang staff RHB cheras kl .loan lulus tapi kena beli insuran dulu.tidak boleh tolak dari loan itu.betul ke bohong ..