Ikan Patin Masak Tempoyak Restoran Sedap Weh
Alhamdulillah, tiba juga di Kuantan, Pahang.

Setibanya di sini, ada rakan blogger ajak Bro perkena ikan patin masak tempoyak dekat Restoran Sedap Weh! (Cawangan MABIQ)

Bro kira on je la, lagipun bukan tahu mana tempat makan yang sedap dekat sini.

Ikan Patin Masak Tempoyak Restoran Sedap Weh

Maaf, gambar ikan patin agak kureng menarik.

Sebab sebelum sempat Bro amik gambar, dah ada yang ngap dulu he…23x Nampaknya bukan rezeki korang la nak merasa tengok gambar ikan patin yang Bro nikmati.

Harganya tidak terlampau mahal bagi Bro.

Dengan isi ikan patinnya beserta kepekatan tempoyaknya tidak mengecewakan Bro selaku peminat patin masak tempoyak merangkap orang Perak.

Ikan Patin Masak Tempoyak Restoran Sedap Weh

Sambal tempoyak tidak boleh diketepikan.

Ada yang terliur tak bila terhidang sambal tempoyak depan mata?

Ikan Patin Masak Tempoyak Restoran Sedap Weh

Apa-apa pun terima kasih buat Rakan Blogger – Kucha Lana selaku pemilik bloggerlelaki.com kerana sudi open table untuk makan tengahari Bro di Kuantan.

Dibelanja oleh pengomen tegar blog Bro pulak tue. Malu la pulak, tapi Bro tahu apa sebab dia sudi open table. Anda boleh baca di BRO – Blog Retis Official.

Bro akan berada disini sehingga Jumaat ini, sebelum pulang ke ibu kota.

Restoran Sedap Weh! (Cawangan MABIQ)
PB305 Y244 Jalan Pintasan Kuantan, Kampung MPK
Kampong Kuantan, Pahang, Malaysia

Penafian : Restoran Sedap Weh hanya membuat kerjasama dengan MABIQ. Keuntungan restoran ini, diberikan kepada MABIQ sebanyak 25%.

Restoran Sedap Weh bukan milik penuh MABIQ.

Ianya dinyatakan sendiri oleh Pn. Rohaihanah Ab Halim, Penolong Pengurusan MABIQ Kuantan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter