Alhamdulillah, tiba juga di Kuantan, Pahang.
Setibanya di sini, ada rakan blogger ajak Bro perkena ikan patin masak tempoyak dekat Restoran Sedap Weh! (Cawangan MABIQ)
Bro kira on je la, lagipun bukan tahu mana tempat makan yang sedap dekat sini.
Maaf, gambar ikan patin agak kureng menarik.
Sebab sebelum sempat Bro amik gambar, dah ada yang ngap dulu he…23x Nampaknya bukan rezeki korang la nak merasa tengok gambar ikan patin yang Bro nikmati.
Harganya tidak terlampau mahal bagi Bro.
Dengan isi ikan patinnya beserta kepekatan tempoyaknya tidak mengecewakan Bro selaku peminat patin masak tempoyak merangkap orang Perak.
Sambal tempoyak tidak boleh diketepikan.
Ada yang terliur tak bila terhidang sambal tempoyak depan mata?
Apa-apa pun terima kasih buat Rakan Blogger – Kucha Lana selaku pemilik bloggerlelaki.com kerana sudi open table untuk makan tengahari Bro di Kuantan.
Dibelanja oleh pengomen tegar blog Bro pulak tue. Malu la pulak, tapi Bro tahu apa sebab dia sudi open table. Anda boleh baca di BRO – Blog Retis Official.
Bro akan berada disini sehingga Jumaat ini, sebelum pulang ke ibu kota.
Restoran Sedap Weh! (Cawangan MABIQ)
PB305 Y244 Jalan Pintasan Kuantan, Kampung MPK
Kampong Kuantan, Pahang, Malaysia
Penafian : Restoran Sedap Weh hanya membuat kerjasama dengan MABIQ. Keuntungan restoran ini, diberikan kepada MABIQ sebanyak 25%.
Restoran Sedap Weh bukan milik penuh MABIQ.
Ianya dinyatakan sendiri oleh Pn. Rohaihanah Ab Halim, Penolong Pengurusan MABIQ Kuantan.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
sorry bro xsempat nak tunggu bro gua dah ngap dulu..memang style kitaorang xsegan dah bila jumpa makanan..terus ngap je..hahaha..terima kasih juga pada bro sebab bagi buah tangan buku tu..nanti gua cuba habiskan baca buku tu…hahaha..lain kali turun kuatan bro roger la gua..bawa gi makan kat tempat lain pula
Uish memang sedap gilerrrr ni..thrill kalau makan ni…nanti singgah kuantan nak cari la kedai ni…
sedapnyela ikan patin masak tempoyak, tengok gambo teringin nak makan…huuu…
sedapnya….. dah la tengah tahan makan malam ni
Memang sedap, tempoyaknya pekat dan terasa tempoyaknya
Saya pun bukan penggemar ikan patin tempoyak. Bukan semua boleh pandai masak sedap ikut tekak kita. Tapi bila dah pekena yg terbaik memang termimpi2.. hahaha
Gambar tu x mesra alam takpe janji nampak memang sedap. Boleh lihat pd kuahnya
tak pernah makan ikan patin.. rasa dia pun tak taw hihihihhu
Try la… sedap, pastikan anda perkena dekat kedai yang betul.
hihihihi… tengok la… rasa macam ikan keli ke… tak pun macam ikan bawal… xmkan la jawabnya
Rasanya… susah nak digambarkan. Ikan Patin berlemak memang sedap, lagi2 kalau ikan patin liar. Tapi harga dia.. Boleh tahan
Restoren sedap weh ni bulan puasa bukak lagi x?Kalo buka ingat lepas solat terawih dalam kol 10 mlm nk pekena patin
Maaf, kurang pasti. Saya bukan tinggal di area sana, hanya singgah ketika bercuti disana.