Ingin mencari tempat menarik untuk berbulan madu?
Apa kata anda mencuba penginapan berbentuk villa di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.
Lokasi hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, mahupun dari Ipoh. Jauh dari kesibukan kota raya dan mampu memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda sekeluarga.
Disini Bro kongsikan villa penginapan Bro bersama keluarga (Alang-alang amik Villa, tak kan nak duduk berdua je kan).
Ini rupa ruang tamu yang disediakan dalam villa ini. Amat luas, kalau nak main kejar-kejar pun boleh.
Malang bagi Bro, kalau Bro book awal, mungkin boleh dapat villa di mana pada ruang tamunya terdapat jacuzzi.
Mungkin boleh berendam dalam jacuzzi sambil menonton TV.
Apa yang menariknya Jacuzzi disini?
Airnya panas dipam dari sumber air panas semula jadi yang terdapat disini.
Ianya berdekatan dengan kolam air panas Felda Residence Hot Springs yang merupakan salah satu lokasi kolam air panas di Malaysia.
Sewaktu mereka menikmati Jacuzzi.
Bro memilih untuk bersantai. Dapat juga curi masa untuk berehat dan tenangkan minda.
Bukan selalu dapat curi masa-masa sebegini untuk berehat sambil menikmati pemandangan di halanman belakang (jacuzzi dekat villa ini ada dihalaman belakang – kiri kanan bertembok, jangan risau)
Di villa ini anda dibenarkan untuk menggunakan ruang dapur untuk memasak.
Malangnya bahan untuk dimasak tidak disediakan (ada ke tempat yang sediakan?) anda perlu bawa sendiri atau pergi ke pekan berhampiran :)
Tetapi ruang dapur ini agak luas (kalau nak masak berjemaah pun boleh).
Cuma untuk BBQ tak dibenarkan dibuat dalam kawasan Villa. Tetapi pihak pengurusan tempat ini ada menyediakan lokasi sesuai untuk buat BBQ betul2 berdekatan dengan taman dan tasik.
Bilik Tidur
Ini merupakan master bedroom di villa tempat kami sekeluarga menginap. Terdapat 3 bilik tidur disediakan di villa ini.
Nampak romantik saja suasananya.
Terdapat beberapa pakej villa untuk anda pilih.
Dari Villa 1 – satu bilik, Villa 2 – dua bilik dan Villa 3 – tiga bilik (villa yang Bro ambil).
Tips yang boleh Bro cadangkan. Elok ambil pada hari biasa dan bukan pada cuti sekolah.
Harganya lebih murah.
Jika nak murah lagi, kena book awal dan cuba elakkan dari walk-in.
Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah
Sungkai 36000
Perak, Malaysia
Phone Number: 60 3 2698 3833
Fax Number: 60 3 2693 5104
Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan disini, anda boleh hubungi no diatas atau lawati www.feldatravel.com.my & www.feldaresidencehotsprings-perak.com
wahhh… nampak menenangkan dalam villa tu…. :)
penah tidur sana masa kursus gov.., mandi hot spring sg klah dah beberapa kali..memang best !
Ini, kalau angkut family reramai dengan tilam bantal pun sesuai gak nie…
cam best..
nak carik tempat makan susah tak bro?
x kahwin lagi so x leh la nak bulan madu..hik hik hik..
tengok harga sangat berbaloi. tapi fyna suka honeymood kat pulau2.. ^_^
Boleh buat perbincangan keluarga dan family planning disini.:-)
wahhh….mcm best je tempat ni bro…jauh dari kesibukan kota…layan kot kalau dpt rehatkan diri kat tempat2 mcm ni…
Eksklusif betul tempatnya. Nampak mendamaikan. :)
wah bestnya rasa, dah lama juga tak berendam air panas ni.
assalamualaikum bro….wah nampak best la tempatnya kalau nak bercuti nanti boleh la buat tempahan…;)
gua pernah ke sana beberapa kali. dari zaman takde kolam air sejuk hinggalah ke zaman ianya semakin popular. tapi blm pernah tidur di situ
pergghh..menarik villa nie…harganya lelapkan mata jer untuk bayar….
ala..maksimum 6 je..baru ingat nak plan berjemaah satu family..11 orang semuanya
nampak damai je..akak tgh duk cari lokasi homestay kat Langkawi ni