Kehangatan Kolam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs, Sungkai

Private Jacuzzi Hot Spring Sungkai

Hujung minggu dapat meluangkan masa dengan keluarga menikmati kehangatan kolam air panas yang terletak di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.

Lokasi terletak dalam sejam perjalanan dari Kuala Lumpur mahupun dari Ipoh.

Lokasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga sambil menikmati hangat air panas dan kesejukan alam sekitar yang jauh dari ibu kota.

Bro rasa,

Ramai orang tidak mengetahui bahawa air panas boleh buang toksin dari dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.

Kaki Merah Rendam Kolam Air Panas

Kaki Bro kemerahan bila rendam dalam kolam air panas di sini.

Suhu lebih kurang dalam 40 – 43 darjah Celsius. Kalau korang nak buat telur rebus pun boleh dekat sini. Tetapi tak boleh bawa telur dari luar.

Rasa telur direbus disini agak berbeza dengan rasa telur yang and rebus dekat rumah.

Kalau kita perhatikan dalam filem atau drama Jepun, kebanyakan orang disana suka berendam dalam kolam air panas. Bukan air panas yang dimasak, tetapi air panas dari sumber semula jadi.

Sebab itu kebanyakan Orang Jepun dan Korea yang mengetahui mengenai khasiat kolam air panas dan membuatkan mereka suka datang ke sini.

Hot Spring Sungkai

Ini kawasan terbuka untuk anda berendam dalam kolam air panas.

Suhu disini kurang sedikit berbanding dengan kolam tempat Bro merendam kaki tadi. Rasanya kalau korang berendam satu badan dekat tempat tadi, pasti satu badan kemerahan seperti undang kena goreng.

Untuk pengetahuan anda,

Air daripada kolam air panas ini dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya.

Algae Kolam Air Panas

Sementara algae yang terdapat dalam kolam air panas ini dipercayai boleh mengubati jerawat dan melicinkan kulit.

Isteri Bro sudah mencubanya. Tetapi seksa juga nak seluk tangan dalam kolam semata-mata nak cari algae untuk dia.

Terdapat juga lokasi yang dikenali sebagai Taman Terapi (Thereupatic Park) untuk buat terapi pada kaki anda.

Terapi kaki ini berasaskan batu kecil yang kita pijak bagi melancarkan perjalanan darah dari bawah tapak kaki disertakan sekali dengan kehangatan dari kolam air panas ini.

Thereupatic Park

Ini bukan terapi kaki jenis rendam kaki kemudian ada ikan kecil datang bermain dekat kaki (makan sel mati pada kaki).

Info tambahan

Air panas di sini hanya mengandungi 0.01 peratus sulfur dan dijamin selamat untuk digunakan (mandi ek, bukan minum). Apabila air mengalir, sulfur akan mendap ke bawah menjadi algae.

Sulfur atau lebih dikenali sebagai belerang memang diketahui membantu menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal, ruam, lemah sendi, lenguh tulang, angin ahmar, tekanan darah tinggi dan demam biasa

Dari cerita yang Bro dengar dari wakil pengurusan tempat ini.

Pernah ada seorang berbangsa Cina yang lumpuh datang ke sini dengan naik kerusi roda. Dia datang tiga kali seminggu. Dalam masa dua atau tiga bulan selepas itu beliau sudah boleh berjalan menggunakan tongkat.

SONY DSC

Private Jacuzzi

Disini disediakan juga Privite Jacuzzi bagi mereka yang memerlukan privasi tanpa gangguan.

Harga serendah RM80 untuk sejam dan boleh memuatkan sehingga 8 orang dalam satu-satu masa. Alang-alang jika anda datang beramai, Bro cadangkan anda ambil private jacuzzi yang lebih exclusive.

Harga tak banyak beza, tetapi anda boleh dapat bilik yang lebih selesa untuk berendam dan bersantai. Siap disediakan aircond dan bilik mandi selepas anda selesai berendam dalam kolam air panas.

Bermain Dalam Kolam Air Panas

Kolam air panas di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai yang diuruskan oleh Felda Plantation Resorts yang berkeluasan 6.5 hektar.

Ianya dibangunkan dalam kawasan ladang kelapa sawit dan dusun durian pada ketinggian 200 kaki dari paras laut.

Disini selain kolam air panas, turut disediakan juga kolam air sejuk. Bagaimanapun makanan dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam bagi memastikan keadaan persekitaran bersih.

Tetapi pada hari Selasa (sebulan sekali) kolam ini akan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah
Sungkai 36000
Perak, Malaysia

Phone Number: 60 3 2698 3833
Fax Number: 60 3 2693 5104

Jika anda ingin menempak penginapan disini, anda boleh hubungi no diatas atau lawati www.feldatravel.com.my & www.feldaresidencehotsprings-perak.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Antara Top Blogger - Travel, Parenting dan Lifestyle di Malaysia. Berkerja sebagai Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak (belum plan nak tambah lagi)

30 pendapat tentang “Kehangatan Kolam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs, Sungkai

  1. hehehe…pernah pergi sini dlu ngan famili…mmg best… mula2 tuh rasa macam badan kene rebus dlam air panas, tpi lpas 3 saat rasa ok je… cuma kdg2 terpikir gak “lelaki bahaya ni kalau amalkan selalu berendam dlm air panas” hohoho

  2. pernah juga singgah ke situ on the way balik ke ipoh atau dari ipoh.

    dengar khabarnya, kalau durian di dalam kawasan Hot Spring tu gugur dan masak, kita boleh makan dengan percuma

    • Dekat Malaysia memang banyak tempat yang menyediakan kolam air panas. Air panas semulajadi banyak bezanya dan kebaikan dari air yang kita panaskan sendiri…

  3. salam….nak tau rate tuk villa. plan nk amik villa 3 bilik. bile carik mcm2 harga yang kuar..ada yang 700 ada yg 300 je ada yg 100 je. hope boleh membantu.klu ada contact number lg la elok. terima kasih in advanced.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge