Hujung minggu dapat meluangkan masa dengan keluarga menikmati kehangatan kolam air panas yang terletak di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.
Lokasi terletak dalam sejam perjalanan dari Kuala Lumpur mahupun dari Ipoh.
Lokasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga sambil menikmati hangat air panas dan kesejukan alam sekitar yang jauh dari ibu kota.
Bro rasa,
Ramai orang tidak mengetahui bahawa air panas boleh buang toksin dari dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.
Kaki Bro kemerahan bila rendam dalam kolam air panas di sini.
Suhu lebih kurang dalam 40 – 43 darjah Celsius. Kalau korang nak buat telur rebus pun boleh dekat sini. Tetapi tak boleh bawa telur dari luar.
Rasa telur direbus disini agak berbeza dengan rasa telur yang and rebus dekat rumah.
Kalau kita perhatikan dalam filem atau drama Jepun, kebanyakan orang disana suka berendam dalam kolam air panas. Bukan air panas yang dimasak, tetapi air panas dari sumber semula jadi.
Sebab itu kebanyakan Orang Jepun dan Korea yang mengetahui mengenai khasiat kolam air panas dan membuatkan mereka suka datang ke sini.
Ini kawasan terbuka untuk anda berendam dalam kolam air panas.
Suhu disini kurang sedikit berbanding dengan kolam tempat Bro merendam kaki tadi. Rasanya kalau korang berendam satu badan dekat tempat tadi, pasti satu badan kemerahan seperti undang kena goreng.
Untuk pengetahuan anda,
Air daripada kolam air panas ini dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya.
Sementara algae yang terdapat dalam kolam air panas ini dipercayai boleh mengubati jerawat dan melicinkan kulit.
Isteri Bro sudah mencubanya. Tetapi seksa juga nak seluk tangan dalam kolam semata-mata nak cari algae untuk dia.
Terdapat juga lokasi yang dikenali sebagai Taman Terapi (Thereupatic Park) untuk buat terapi pada kaki anda.
Terapi kaki ini berasaskan batu kecil yang kita pijak bagi melancarkan perjalanan darah dari bawah tapak kaki disertakan sekali dengan kehangatan dari kolam air panas ini.
Ini bukan terapi kaki jenis rendam kaki kemudian ada ikan kecil datang bermain dekat kaki (makan sel mati pada kaki).
Info tambahan
Air panas di sini hanya mengandungi 0.01 peratus sulfur dan dijamin selamat untuk digunakan (mandi ek, bukan minum). Apabila air mengalir, sulfur akan mendap ke bawah menjadi algae.
Sulfur atau lebih dikenali sebagai belerang memang diketahui membantu menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal, ruam, lemah sendi, lenguh tulang, angin ahmar, tekanan darah tinggi dan demam biasa
**** iklan di Bro Framestone *****
Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.
Dari cerita yang Bro dengar dari wakil pengurusan tempat ini.
Pernah ada seorang berbangsa Cina yang lumpuh datang ke sini dengan naik kerusi roda. Dia datang tiga kali seminggu. Dalam masa dua atau tiga bulan selepas itu beliau sudah boleh berjalan menggunakan tongkat.
Private Jacuzzi
Disini disediakan juga Privite Jacuzzi bagi mereka yang memerlukan privasi tanpa gangguan.
Harga serendah RM80 untuk sejam dan boleh memuatkan sehingga 8 orang dalam satu-satu masa. Alang-alang jika anda datang beramai, Bro cadangkan anda ambil private jacuzzi yang lebih exclusive.
Harga tak banyak beza, tetapi anda boleh dapat bilik yang lebih selesa untuk berendam dan bersantai. Siap disediakan aircond dan bilik mandi selepas anda selesai berendam dalam kolam air panas.
Kolam air panas di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai yang diuruskan oleh Felda Plantation Resorts yang berkeluasan 6.5 hektar.
Ianya dibangunkan dalam kawasan ladang kelapa sawit dan dusun durian pada ketinggian 200 kaki dari paras laut.
Disini selain kolam air panas, turut disediakan juga kolam air sejuk. Bagaimanapun makanan dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam bagi memastikan keadaan persekitaran bersih.
Tetapi pada hari Selasa (sebulan sekali) kolam ini akan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.
Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah
Sungkai 36000
Perak, Malaysia
Phone Number: 60 3 2698 3833
Fax Number: 60 3 2693 5104
Jika anda ingin menempak penginapan disini, anda boleh hubungi no diatas atau lawati www.feldatravel.com.my & www.feldaresidencehotsprings-perak.com
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Assalamualaikum. dah lama tak p kolam air panas. dekat selayang ada satu je. hehehhee. selalu org India kongker situ. hehehhee
So apa kata bergerak jauh sedikit ke Perak.
Dekat sini walaupun hujung minggu tidak terasa pack sangat.
dah lama tak berendam..santai gak tempat ni
Memang lokasi yang agak santai. Bro yang demam pun berendam dalam kolam ini, baru ok demam.
amboi! seronoknya mr.ray main air… :D
He..23x sapa tak seronok kan.. Dn bila nk cuba?
ooo dh pi dh aritu..tp private jakuzi tk tau lak..erm..nti pi leh try tu plak
Pergi tak ajak bro.. hari tue kata nak g dengan bro T-T
Majuk majuk dengan Nazz
hehehe…pernah pergi sini dlu ngan famili…mmg best… mula2 tuh rasa macam badan kene rebus dlam air panas, tpi lpas 3 saat rasa ok je… cuma kdg2 terpikir gak “lelaki bahaya ni kalau amalkan selalu berendam dlm air panas” hohoho
alga? jerawat? biar betul. hoho..
pernah pergi masa tempat nie tak terkenal lagi.best
samalah bro. first time pergi, kolam air sejuk tu blm wujud lagi
Pernah pi sebab kursus area situ dulu seminggu, memang best. Siap ada yg panas boleh rebus telur. Fuhh !! dahsat :)
pernah juga singgah ke situ on the way balik ke ipoh atau dari ipoh.
dengar khabarnya, kalau durian di dalam kawasan Hot Spring tu gugur dan masak, kita boleh makan dengan percuma
Yup, bukan durian je… buah-buah yang lain juga :)
Dah lama juga tak ke kolam air panas macam ni,kot-kot tersinggah boleh la rendam sampai puas
Wah bestnyer… Enjoy betul main air..
Mana ada main air la nurul.. just rendam-rendam kaki je. Dekat tempat yang sejuk sikit je rendam2 satu badan terus he..23x
tak pernah deno ke kolam air panas kat mana2 di malaysia ni… best betul kalau deno dapat ke sana! biasa mandai air panas kat rumah je.. hehe:)
btw bro, ini link blog deno sekarang : http://www.dayangdeno.blogspot.com
boleh masuk tak? ^^
Dekat Malaysia memang banyak tempat yang menyediakan kolam air panas. Air panas semulajadi banyak bezanya dan kebaikan dari air yang kita panaskan sendiri…
tengok gambar tue da taw mesti tempat tue best. walaupun jauh sikit yang penting berbaloi kan bro.
Bagi Bro xjauh sangat dengan rumah family Bro. Cuma jauh sikit dari KL je :)
Terapi kolam air panas sesuatu yang menarik.
assalamualaikum bro…seronoknya kalau dpt berendam di kolam air panas mcm ni…:)
Tapi tak boleh berendam lelama… bahaya…
salam….nak tau rate tuk villa. plan nk amik villa 3 bilik. bile carik mcm2 harga yang kuar..ada yang 700 ada yg 300 je ada yg 100 je. hope boleh membantu.klu ada contact number lg la elok. terima kasih in advanced.
Wah, best.
Pernah pergi sana.
Bro….apa kahbar? lama benor ye kita tak jumpa ye?
I sihat je… Yup sudah lama kita xberjumpa kan :)
Memang layan tempat ni rase nak pergi plak tahun ni.
pernah dah sampai tapi xdapat masuk hujan rasa kesian tgk anak2 huhuu nnt ada masa lg nak kena terjah semula mcm best ja kan
Tengah mencari maklumat tentang Hotspring Sungkai ni.
Ada teambuilding next week kat situ.
Rasa tak sabar plak ke sana lepas baca review bro kat this place
All da best…. Enjoy ek… Jangan mengelat pula time teambuilding