Baru-baru ini, Bro antara 9 Blogger Malaysia digandingkan bersama 9 Blogger dari Thailand dalam menjayakan kempen Malaysia Wonders anjuran Seeties dengan kerjasama Tourism Malaysia – cawangan Thailand.
Salah satu, aktiviti yang kami sertai adalah menjajah Petaling Street Kuala Lumpur dengan berkongsi lokasi makan terbaik yang terdapat disana di Aplikasi Seeties.
Untuk itu, Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Dan Bro telah di pasangkan bersama Boy Sadoodta, pemilik blog www.sadoodta.com
Cabaran Jajah Petaling Street
Setiap kumpulan diberikan sedikit duit saku untuk digunakan bagi menyempurnakan misi ini.
Kami dikehendaki memuat turun aplikasi Seeties di telefon pintar kemudian perlu mencari 5 gerai makanan yang popular di Petaling Street seperti yang dicadangkan pada aplikasi Seeties itu tadi.
1 – Sweet Potato Balls
Sebungkus ada 10 biji.
2 – Roasted Chestnuts
RM7 sebungkus.
Bro rasa, pernah try Roasted Chestnuts @ berangan dekat sini. Tapi pada tahun 2007 (lama tak)
3 – Air Mata Kucing
Rm1.80 secawan.
Memang nikmat bila dapat menikmatinya dikala cuaca tengah panas dan kami tengah kepanas bila ketinggalan jauh berbanding kumpulan lain.
4 – Ma Chi
RM5 sebungkus.
Susah juga nak tawar menawar dengan Ah So ini. Teknik yang Bro gunakan seperti yang Bro gunakan pada gerai lain tidak boleh diguna pakai dengan beliau.
Ah So yang berjiwa kental.
5 – Apom
RM0.80 satu.
Gerai paling sukar dicari oleh semua kumpulan.
Sebab uncle ini buka gerai pada pukul 1 tengahari. Tapi memang berderet la orang nak beli Apom dan Apam Balik dengan beliau. Terbaek….!!
**********************
Malangnya,
Bro tewas pada misi terakhir dimana perlu menggunakan duit baki dari “shopping” tadi untuk membeli cenderamata bertemakan Malaysia (logo, ikon atau tulisan).
Pemenang berdasarkan jumlah terbanyak.
Kalau ikutkan, Bro rasa dah jimat banyak sewaktu tawar menawar. Malangnya Ayue Idris lagi power bila tawar menawar (Lain kali, kena bawa dia kalau nk shopping)
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
wow..sangat beruntung la bro..dapat berkenalan dengan blogger Thailand….
blogger awek Thailand ada tak bro!
Blogger Awek?
Mesti la ada. Tgu je gambar dari Bro, sebab Bro xsempat nak bergambar dengan dorang. Dorang je yang sempat bergambar dengan Bro.
hehe silap la tanya soalan macam tu kat bro
Sudah lama tidak ke Petaling Street. Dulu ke sana cari barang klon. :)
Sama la….
Last pergi tahun 2007/2008 kot
aku tak pandai nak jalan2 cari barang kat sana.
macam mana bro boleh berkenalan dengan blogger thailand?
Kerana kami terlibat sama dalam kempen Malaysia Wonders anjuran Seeties dan Malaysia Tourism
bro kena lebih kering bab bargin la lepasni hehehe
macam mana nak jadi blogger terpilih untuk join event macam bro ek? hehehe
Menarik buat aktiviti mcm ni..lepas ni kita gi join blogger sana pulak..
biasalah bro takkan tak tahu..perempuan ni memang pakar bab tawar menawar ni