Baru-baru ini, Bro dan beberapa orang rakan blogger telah melepak di Sangkaya, Kota Damansara.
Menarik dan selesa kedainya dimana susun atur serta tema yang agak kreatif diguna pakai oleh cawangan Sangkaya di sini.
Kalau ikutkan,
Ini bukan pertama kali Bro singah ke Sangkaya, cuma ini kali pertama Bro datang ke cawangan mereka di Kota Damansara.
Apa yang Bro perasan,
Lokasi ini memang menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Kota Damansara. Pelangan tidak putus-putus datang (pada waktu tertentu).
Faktor ini, menjadi punca buat kenalan Bro untuk membuka kedainya – Nomster @ Kota Damansara di sini.
Nampak menyelerakan, bukan?
Dari sebiji kelapa dijadikan sebagai hidangan aiskrim mampu memberi rasa yang mengasikkan kepada anda yang merasainya.
Tidak dinafikan,
Kepelbagaian dari kelapa muda ini secara tidak langsung memberi nafas baru dan keunikan kepada hidangan ini.
Jika dulu (waktu kecil), Bro memang suka mencari kelapa muda, minum ia secara segar sambil menikmati isinya. Memang kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Sangkaya juga hadir dengan beberapa menu lain juga, diantaranya :-
Chendol – RM10.50
The ‘Real’ Coconut Shake – RM9.40
Jika ada diantara anda yang tersesat di sekitar kawasan Kota Damansara, mungkin ada boleh luangkan masa untuk datang ke sini :-
Sangkaya @ Kota Damansara
25, Jalan PJU 5/10, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Facebook : Sangkaya Kota Damansara ! Instagram : SangkayaKD #SangkayaKD
Antara rakan blogger yang sudi melepak bersama. Lama tak lepak macam nie.
Dan ada “sorang tue” boleh tersesat jauh. Tak pasti maklumat xsampai atau teruja sangat nak lepak macam nie.