Ini bukan kali pertama Bro menyertai water rafting.
Selalu jeling-jeling je, cuma kali ini Bro berpeluang mencuba jeram yang terdapat di Sungai Kampar di Gopeng, Perak ini.
Bersama rakan blogger sewaktu menyertai City Blogger Drive kami singgah ke sini sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Dikatakan jeram yang terdapat di Sungai Kampar ini, antara jeram yang digemari dan sesuai bagi golongan yang baru ingin mencuba (tiada pengalaman) aktiviti water rafting seperti ini.
Sungai Kampar ini mempunyai 22 jeram berbeza yang terdiri daripada level 2 hingga level 3.
Apa yang Bro dapati, lokasi agak santai dan membolehkan kita menikmati keindahan hutan hujan yang subur dan tenang, Kebanyakan masa dihabiskan dengan alam semula jadi memberi kesegaran kepada anda.
Cuma, bila balik terasa badan lemau semacam he…23x Tak boleh nak hadap kesesakan ibukota.
Dengar cerita ada sorang tue, terpaksa ambil MC pada hari esoknya (Oh, tapi bukan blogger karam yang dihanyutkan oleh arus deras).
Aksi paling mendebarkan berjaya dirakamkan.
Sebelum bot yang mereka naiki terbalik dan ada salah seorang blogger dihanyutkan oleh air deras. Bagaimanapun mangsa berjaya Bro selamatkan.
Bro selamatkan?
Selamat ada pengalaman he…23x Alhamdulillah.
Muka cuak yang dipamerkan oleh blogger Pinky Momma, macam boleh agak sesuatu bakal terjadi.
Ok, ini gambar beliau sebelum tragedi.
Nampak tak kecuakkan terpamer pada muka beliau. Dengar cerita lepas kejadian itu, beliau nak repeat lagi.
Ok, anytime….
Nie pulak, muka-muka yang tak boleh nak tengok Bro senang.
Jeles la tue,
Selamat sempat ambil gambar dorang nie menggunakan kamera yang kalis air – Nikon CoolPix S33. Malangnya tak sampai hati nak viralkan muka-muka dorang ini waktu itu.
Ini pula, muka Bro tengah cuak (sebenarnya tengah tak cukup tidur. Tidur pukul 1 pagi, kul 4 pagi dah bangun).
Bot yang Bro naiki tak ramai pun.
Gambar diambil di starting point. So memang nampak cuak sikit bila Bro dan pemandu arah je merupakan lelaki dalam boat nie.
Kebanyakan tiada pengalaman.
Ok, Fine…..!!! Kata nak cari pengalaman kan.
Ini pula gambar yang mengambarkan betapa seronoknya kami menikmati pengalaman ini.
Ini pula gambar kami menikmati keseronokan sebenar aktiviti water rafting (walaupun jeram hanya level 2-3).
Tapi as satu team, kami dapat berkerjasama menempuh kesemua jeram yang ada di sini.
Yeah, kami dah berjaya…!!!
Nampak tak muka keceriaan kami. Rasa nak repeat lagi je.
Ini pula aksi yang paling Bro minati.
Iaitu berendam dalam air sambil menikmati keindahan alam. Cuma kena pastikan lokasi selamat dan arus tidak deras. Risau, dihanyutkan hingga bot tak dapat nak kejar.
He…23x
Pengangkutan disediakan di lokasi terakhir.
Terima kasih kepada pihak Honda Malaysia yang sudi menaja dan menganjurkan aktiviti seperti ini untuk kami sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur.
Jika anda ingin menyertai aktiviti water rafting ini, anda boleh hubungi pihak Riverbug melalui maklumat dibawah.
Riverbug Asia (Gopeng, Perak)
19-C, 1st Floor, Jalan Kg. Rawa
31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan
Website: www.riverbug.asia
Facebook: www.facebook.com/riverbugasia
Telefon No:
+6012-3131 006 (Perak)
+6019-8204 921 (Sabah)
Email: book@riverbug.asia
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Seronok tengok gambar water raftting kat atas tu, tentu banyak kenangan manis bersama blogger-blogger lain. Apa kan daya, hati tak cukup kental lagi nak join rafting ni :(
Kena kentalkan, tak susah pun…
Jika kurang keyakinan, boleh cuba level rendah seperti di Gopeng. Sekurangnya dapat meningkat keyakinan anda.
Tidak pasti melakukan aktiviti water rafting ini. Perlukan kekuatan fizikal dan mental. Rasa cuak pun ada. :)
Mesti boleh punya, kena cuba nie.
Assalammualaikum…bro,
nampak mencabar aktiviti water rafting riverbug nie…. nampak best dan menyeronok kan.. boleh gi nanti nie.
mselim3
pls: seronok nyer bro dapat main air..
W’salam
He…23x dah lama x main air jernih sejuk banyak ini.
Waaaa seronoknya..
Tak pernah join aktiviti macam ni…
Ermmm mesti best sangat2 kan… Rasa mencabar..
Boleh ke sertai aktiviti mencabar macam nie? Jika boleh, leh la ajak lain kali.
Wow.. Seru kelihatan nya berarum jeram di perak yang di penuhi pemandangan super gokil
jadi irii..
Iya,,, Nanti saya kongsikan cerita tentang water rafting di Medan, Indonesia pula
air deras ni gua cuak..ahaha..tak secuak naik permainan kat funfair..aahaha
Gua lagi cuak naik permainan dekat taman tema…funfair gua naik yang rendah2 je. Contohnya kereta langar2 tue
wahhh.. memang seronok la.. Best experience for me in 2015!
Thanks Honda Malaysia.. Wee~
Best dapat luangkan masa dengan pika dan buli pika…
Malangnya, lepas tengok hp pika.. Terus rasa down, hilang semangat dah nak buli2 pika he..23x ok bye
bro, try white water rafting kat kiulu,Sabah atau sg Padas , Sabah..heheh…sedera-deras macam tonton discovery channel omputeh..
Dengar cerita Riverbug nak jemput Bro ke sana. Malangnya belum berkesempatan lagi untuk ke sana.
Teringin juga nak try.
Dengar cerita ada yang perlu ambil masa 2 hari untuk selesaikan.
Wah, best nye, sayang saya tak bisa swiming jadi takut kalau ikut water rafting….
Tiada apa-apa masalah, kebanyakan jurupandu terlatih dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
bestnya. tapi berat tak mengizinkan.. sedih
Berat sekarang berapa ek? Tak perasan pula ada had berat badan, kalau berat hati tue ada la dengar jugak.
kapan kemedan?
Jadi ngk sabar nunggu ? Rifting dimedan
oh ya klik juga nmaa saya dikomentar ini ya?
Tahun lepas ke Medan buat kali ke-3
nampak macam sedap…tapi tak takur ke bro naik benda alah tu
dah lama teringin nak try, tapi takde geng :(
Benda2 adventure macam ni memang best
Bestnya kalau dapat mencuba aktiviti yang mencabar dan lasak ni
Teringi nak cuba ke?