Hampir setahun BRO – Blog Retis Official beroperasi.
Terima kasih kepada rakan-rakan retis, mahupun yang kurang retis kerana sudi memberi sokongan dan dorongan untuk kami bertapak kukuh hingga kini.
Sokongan dari anda semua, amat Bro hargai.
Asal Usul BRO – Blog Retis Official
Blog Retis Official diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi cerita terkini mengenai dunia retis di Malaysia.
Ianya bukan hanya memberi fokus pada golongan yang terpengaruh di laman sosial (blogger, facebook, twitter, instagram etc) bahkan mengetengahkan cerita dari golongan lain juga.
Hingga kini, terdapat beberapa pihak sudi berkerjasama dengan kami.
Kebanyakan kandungan yang dimuat naik di laman www.blogretis.com hadir dari perkongsian mereka di laman sosial. Ada juga kandungan dari hasil perkongsian melalui temubual Bro bersama mereka.
Malangnya, bukan semua artikle boleh dikeluarkan.
Jika ada artikle yang anda rasa tidak bersesuaian. Anda digalakkan hubungi Bro di laman facebook untuk tindakan selanjutnya. Sama ada untuk diubahsuai ataupun dikeluarkan dari laman Blog Retis Official.
Jalinkan Kerjasama Bersama Blog Retis
Blog Retis Official tidak mampu bertapak sekiranya tiada sokongan ataupun kerjasama dari rakan-rakan mahupun pembaca.
Bro juga tidak mampu mengendalinya seorang diri.
Oleh itu, Bro amat berbesar hati sekiranya ada diantara anda sudi berkerjasama dengan Bro dalam penambahbaikan Blog Retis Official mahupun mempelbagaikan kandungan disana.
Dalam masa yang sama, Bro harap ada pihak yang sudi berkerjasama dalam bentuk :-
- Perkongsian artikle (tentang aktiviti anda, komuniti etc.)
- Sumber informasi (informer)
- Penajaan (pengiklanan, artikle berbayar)
- Rakan Media bagi aktiviti atau event anjuran anda
- Penulisan artikle (perkongsian pendapat / pandangan anda)
- Projek Usahasama (tshirt, video etc)
- Sudi Ditemubual (jangan lari bila nampak Bro)
- Tukang baca
- Hebahan tentang kewujudan BRO – Blog Retis Official
- etc
Sekiranya anda berminat boleh hubungi Bro untuk perbincangan lanjut.
Jika anda mempunyai idea mahupun pandangan yang boleh diketengahkan dalam penambahbaikan BRO – Blog Retis Official, anda boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah.
Antara rakan yang sudi menulis tentang BRO – Blog Retis Official :-
- Blogger Lelaki – Cerita Pasal Blogger Malaysia
- Liyliz Yusof – Blogger Perlu Baca
- Sobri Mansor – Bukan Calang-Calang Blog
- Umi Kalsom – Siar Cerita Sensasi Blogger
- Azha Fizah – Portal Berita Tentang Blogger
- Akan dikemaskini sekiranya ada perkongsian dari rakan-rakan.
jadi tukang baca je la .. he he
Jadi tukang baca dan tukang share pun ok
blog saya tentang kesihatan, tak tahu mana yang sesuai. mungkin tukang baca je la kot
Boleh sumbangkan artikle di bawah kategori “Apa Kata Blogger”
Mungkin akan ditukarkan kepada “Apa Kata Mereka” supaya ianya tidak terlalu fokus kepada blogger.
ok faham. will update u nanti
kalau jadi penulis jemputan, kena bercerita pasal artis la ye..hehehe..sebenarnya kurang faham di situ. bila kurang faham, terpaksalah memilih untuk jadi pembaca. hehehe
EH, bukan tulis pasal artis.. Pasal kisah yang berlaku disekeliling anda.
menulis mengenai kisah yang berlaku di sekeliling kita? maksudnya, kira macam jadi penulis jemputan la ya?
Lebih kurang macam tue la.. Buat masa in, hanya mampu kopi paste cerita yang dorang kongsikan di laman sosial sahaja.
nak share kat mane? DT dah takde fb, twitter. ade IG je.. bole membantu jugak kan..? he he
Susah jugak tue.. Try share dekat Google+
bertuah bro.. ramai peminat.. kita sendu2 ja..
Peminat apa pulak nie?
menarik. tapi tak tahu apa yang boleh dikongsikan
makluman masih dikategorikan baru. tapi takde masalah kalau ingin ditemubual
hehe….mood bajet pemes! =)
Tahniah, anda da ciri2 untuk jadi pemes… Sila isi borang, kami akan interview anda nanti berkaitab isu bajet pames he..23x
saya telah berjaya menjadi tukang hebah dan tukang baca..btw, nama tu sambung je Azhafizah :)
Semoga blogretis terus maju ke dapan.
Oh sambung ke? Ala malasnya nak edit balik
saya jadi tukang baca ja kat blog retis ni…best juga sebab updated
Terima kasih bro…. dah ada 2 artikel berkaitan kisah saya dalam blog BRO. Blog yang terbaik tentang blogger resis, pasti ramai yang teruja dengan kisah mereka disiarkan.
hoho..
dah banyak blogger masuk itu blog yekk..
terperasan gak blog tu.
cuma jarang masuk aje.
okey tak karangan gua tu… ke ada nak kena ubah
akan setia mejadi pembaca blog bro yg ni dan blog retis..heheh
insyaallah kalau ada bahannya
meh support blog retis!
bukan senang nak dapt offer kerjasama dengan bro hehe :D
Perkataan BRO tu pun ada maksud rupenye :D
Sudah penulis yang boleh contribute artikel. Selamat maju jaya. :)