Hari Isnin buat kami suami isteri.
Hari yang amat memanatkan terutama bila hujung minggu penuh dengan aktiviti sama ada aktiviti kami berdua (jangan tanya apa kami buat), aktiviti bersama keluarga mahupun aktiviti bersama rakan-rakan (selalunya blogger) dan aktiviti mencari nafkah (kerja).
Bila ada teman hidup,
Komitment dan tanggungjawab akan bertambah.
Tak kan nak duduk rumah tidur je kan. Sure kena kemas rumah, mana la tahu tertiba ada yang datang melawat.
Kenkadang kami bergilir memasak. Selalunya Bro yang memasak. Jangan ingat bro tak reti memasak. Nasib korang la kena makan masakan bro. Nampak sangat kena berguru dengan Blogger Masakan – Mat Gebu jika bro datang Sedenak nanti.
Gambar diatas salah satu bukti Bro pernah singgah rumah Mat Gebu.
Dia tak nak gambar dia diambil dan disebarkan (biar dia menjadi lelaki penuh misteri) Tetapi terima kasih sebab sudi datang majlis perkahwinan bro tempoh hari. (Lu power la datang tak payah pakai topeng – untuk cover identiti)
Bila sudah berkahwin pula,
Kita perlu ingat, kita bukan sekadar hidup berdua. Family dan family mertua juga terlibat sama.
Jika pulang ke kampung atau rumah family. Jangan terperap dalam bilik je (kecuali tengah buat kerja dan tak ada gangguan)
Anda juga perlu spend masa dengan mereka.
Macam bro,
Bro lebih suka terperap dalam bilik. Sama ada tidur atau buat kerja (selalunya buat kerja je la) dan Wife Bro pula lebih suka pergi memancing dengan keluarga.
Dah kahwin tak semestinya kena berkepit sahaja dengan suami/isteri. Kawan-kawan yang lain jangan diabaikan.
Selalunya kalau kami tiada apa-apa aktiviti, selalu gak ajak rakan2 mahupun blogger lepak bersama.
Dari keluar tengok wayang, makan, cuci mata, mandi manda, gathering mahupun bermain laser tag (dah jadi hobi baru kami suami isteri).
Walaupun penat, asalkan waktu terluang di hujung minggu digunakan sebaik mungkin.
Kalau ikutkan kami berdua nie bukannya suami isteri hujung minggu, lebih kepada bujang hujung minggu. Kadangkala Bro sendiri bz dengan event blogger dan kerja. Dia pula bz kerja (biasa la kerja ikut shift dan sabtu ahad kena kerja juga).
Maka kami selalu curi masa atau pepandai bahagikan masa untuk melakukan aktiviti bersama.
Pada hari isnin kami sentiasa berharap, bila la cuti nak datang nie he..23x Ops kami masih tak sempat nak pergi honeymoon lagi. Hope tak terlajak sampai tahun depan.
Jom! Honeymoon dengan akak n Abe Mat.
Ke mana kak… kena tengok schedule dulu. Risau time tue kami berdua tak free pula
tue dia….wife bro tak sihat ke? ^_^
Tue gambar lama, masa dia xsihat tempoh hari :)
bagus la bro nie..reti memasak lagi 2…
bertuah anak kepada bapak mertua bro…hehe
He…23x kenkadang wife balik lambat, so terpaksa masak dulu. kalau tidak, sure kelaparan.
Xsabo rase nyer nk berkumpul ari tu masa kat umah akak roshidayu terlepas heheh :D..
memang makanan mampu menjadi tali ikatan yang kuat sesama keluarga mahupun kawan-kawan
Makanan juga mampu eratkan hubungan musuh… lagi-lagi kalau musuh yang suka challenge sapa lagi banyak makan.
kalau kami suami isteri pulak lagi suka duduk rumah. kalau boring2 tu, keluAr jugaK la gi mancing atau tengok wayang.. Tapi just berdua je la :)
Bergantung gak la, nak keluar berdua tapi hujung minggu memang jadual pack he..23x
kalau den cara meluangkan masa bersama ialah duduk atas katil dengan isteri dan anak lepas tu berbual…
Kami selalu duduk depan tv sambi pegang hp dan main game sesama he..23x
wah bagus2 spend masa sebaik mungkin dengan yg tersayang kan..
Yup, bila lagi, lagi-lagi kalau dua-dua mempunyai minat yang sama
haaaa cepat lah tempah pakej honeymoon dgn sha.. heeeee
If harga ok, ok kot kak.. Now masih tak mampu lagi he..23x
bestnye ada hari suami isteri.. hari suami isteri kitorang bila ada public holiday je.. sebab cuti tak sama.. huhu
Sama la kami, cuti tak sama…
orang balik beraya pun, belum tentu bro dapat balik beraya.
patuttt la broo tererrrr main tembak2! rutin mingguan ye :))
Dulu masa bujang, nak balik kampung tiap minggu pun boleh. Sekarang dah berdua, kena bahagikan masa untuk mertua, dan benda-benda lain. Dah lah berjauhan.
kalau ada masa dan rezeki nak join gak la lasertag ni,hehe
Insya’lah nanti bro nk buat dekat ioi mall puchong pula
inshaAllah bro…
memang bro seorang yang busy gila.. den pun kadang2 tak sempat nak buat itu ini..hahaha
Mu kena start dari sekarang boni.. Nanti kahwin senang, kalau tidak… makin delay la kahwin mu nanti
cepat cepat honeymoon…. nanti bole beli souvenir utk tyka.. he he he
Tak tahu la.. maybe bulan 4 nie kot.. xpun bulan 6 nanti
cadang ke mana tu?
Kehidupan suami isteri bekerja. Nanti ada anak nak cari pengasuh pula.
ala bro saya pun tak sempat gi honeymoon dah 2 anak baru dapat gi bercuti..
assalamualaikum bro…walau busy mcm mana sekali pun kena juga luangkn masa bersama2 yer moga sentiasa bahagia…:)