Baru mendapat maklumat.
Banjir kilat menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar Puchong sesak teruk terutama di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall.
Kesesakan lalu lintas berlaku di laluan New Pantai Expressway (NPE), Bulatan Kewajipan hingga susur LDP di kedua arah, Lebuhraya Sprint dari arah Damansara Utama hingga plaza tol Damansara Utama pada kira-kira jam 6.13 petang.
Beberapa buah kenderaan dilaporkan ‘terperangkap’ dalam banjir kilat itu berhampiran IOI Mall.
Punca banjir dipercayai disebabkan longkang tersumbat.
Bila tengok gambar diatas yang diupload di facebook. Agak teruk juga banjir yang melanda. Sebab air banjir hanya bertakung dalam laluan kenderaan.
Adakah ini disebabkan oleh projek lebuhraya disitu?
Memang teruk kereta terperangkap dijalan raya. Kalau lihat disebelah benteng air tidak melepasi.
Macam takungan air pula kan…
Teruk kereta yang terperangkap….
lorr…longkang tersumbat ke… ptut la…
Yup, tersumbat dengan apa, tak diberi tahu…
selalu je berlaku banjir kilat.. deno rasa semua ni terjadi salah manusia sendiri jugak kan… ada bersikap tak bertanggungjawab buang sampah berlongok-longgok dalam longkang, parit, sungai.. projek pembangunan tak terkawal mungkin jadi faktor.. betul tak? :)
Yup, dekat kawasan itu ada projek lebuhraya. Sampaikan ioi mall pun kena tempiasnya.
Subhanallah..ujian Allah buat manusia..
Bahaya kalau terperangkap macam ini. Sudah la kawasan itu memang kawasan paling jem.
nasib baik nory tak lalu jalan tu gi keje…
puchong sekarang kerap dilanda banjir…
huhuhu
gerun tengok jalan tu dah macam sungai pula..
mungkin sebab pembinaan LRT sistem perparitan gagal.
pastu jalan tu agak rendah sikit. terus bertakung air bila ujan lebat
teruk juga banjir nya…
musibah yang diberi olehNya…
takde lubang air ke kat jalan ut utuk air mengalir..
huish..teruk ni..
assalamualaikum bro…teruk juga banjir tu ek bahaya juga…:)