November 13, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger – Part 45 : Blogger Otai Malas Balas Komen Blog

Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Bagi ruangan Luahan Hati Seorang Blogger bahagian 45 kali ini, Bro ingin kongsikan luahan rasa blogger baru.

Dah kenapa pula?

Apa-apa pun artikle ini tiada kaitan dengan mamat dalam gambar diatas. Tapi gaya macam dia termakan cili pun ye juga. Pedas ek…!!!

Kembali kepada topik utama.

“Ada Blogger baru yang terasa bila tuan blog tak pernah balas komen sedangkan setiap entri, dorang datang komen” – YB Shehan

Nampak tak,

Ada blogger baru merajuk dan meluahkan perasaan kepada blogger lain untuk mewakili suara mereka.

Punca Komen Anda Tidak Berbalas

Bro xpasti kenapa ada sesetengah blogger tidak membalas komen anda, walaupun kerap kali anda datang mengomen.

Di sini, Bro senaraikan kepada ada sesetengah komen anda tidak dibalas oleh Bro :-

  1. Komen yang ditinggalkan terlalu ‘simple’ sampai tuan blog tak tahu nak balas apa.
  2. Komen yang membuatkan tuan blog mengambil masa yang panjang untuk memikirkan apa yang perlu dia balas.
  3. Komen pada artikle yang berkurun lama.
  4. Tinggalkan komen terlalu banyak pada satu-satu masa menyebabkan komen berbunyi lebih kurang sama.
  5. Komen hampir sama dengan komen orang lain.
  6. Kurang ikhlas sewaktu meninggalkan komen he…23x
  7. Anda tidak cukup “comel/hensem” untuk tuan blog beri fokus kepada anda
  8. Komen dengan nada tulisan seakan-akan skema
  9. Komen anda bukan antara komen terawal.
  10. Komen “Untunglah”

Kalau ikutkan banyak lagi. Tapi cukup 10 dulu ek.

Makan Malam Pengomen Tegar blog Deqnoor di H Gallery Cafe, Sunway Nexis, Kota Damansara

Iklan : Rajin tinggalkan komen di blog www.deqnoor.com setiap bulan kerana setiap 2x setahun beliau akan mengadakan majlis untuk menghargai pembaca blog beliau.

Jangan lepaskan peluang ini…!!!

Tip Buat Tuan Blog Balas Komen Anda

Ini pula antara tip yang boleh bro kongsikan untuk anda amalkan sewaktu meninggalkan komen (praktikal di blog bro) supaya tuan blog rasa seronok / teruja untuk membalas komen anda :-

  1. Tinggalkan komen yang mesra pembaca (supaya tuan blog / orang lain rasa seronok baca komen anda)
  2. Jangan tinggalkan komen terlalu banyak.
  3. Pastikan komen anda tidak terlalu pendek.
  4. Lebihkan komen berbentuk Q&A (baru tuan blog rasa seronok nak membalas komen anda)
  5. Pastikan anda ikhlas meninggalkan komen (jika artikle x best, rasa tak tahu nak komen apa. Maka jangan komen)
  6. Komen kalau boleh tak lari jauh dari topik yang ditulis oleh empunya blog.
  7. Elakkan usur-usur spamming dalam komen anda.
  8. Elakkan meninggalkan komen yang buat empunya blog menyampah dengan anda.
  9. Cari blog yang tuan blog dia rajin balas komen.
  10. Pastikan Blog anda menarik untuk dikunjungi (Mesti anda seronok bila tuan blog terjah blog anda juga)

He…23x

Ok itu sahaja yang dapat Bro kongsikan kali ini.

Sekiranya anda penambahan. Bro amat alu-alukan pendapat dari anda. Yang penting, jangan lupa beri pandang / pendapat anda di ruangan komen.

Pastikan pandang / pendapat anda mesra pembaca, tak pendek, ikhlas dan tak buat Bro atau pembaca blog nie menyampah he…23x

Iklan : Jemput baca dan tinggalkan komen di www.blogretis.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

49 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 45 : Blogger Otai Malas Balas Komen Blog

  1. aiyo.. blogger lain tak komen pun boleh merajuk ke.heheh..betul tu, selalu alau berbentuk Q & A mesti akan dijawab. kalau statement, kadang tak tahu nak reply apa kan.hehe

  2. Orait sifu..

    no 9=cri blog yang tuan blog rajin komen. ini best. sebab apa, bila tuan blog asyik balas komen, rasa macam berborak pulak dekat blog tu. hahahha.

    pastu no 10= blog yang menarik sebab nanti, blogger otai datang singgah. pada saya, bila top blogger ni dtg dan tinggalkan komen walaupun yang paling simple, dia dah macam 1 penghargaan besar pada pemilik blog tersebut yang baru nak merangkak ni. oleh yang demikian, jemputlah datang ke blog saya ya..hehehehe

  3. dulu aku tak amek port sangat balas komen ni. apabila aku tahu kesan apabila balas komen yang dibuat tu, buat aku rasa best plak nak balas semua komen yang ada, tambah plak tang komen yang ada Q dan A tu. pasal balas komen-komen ni, serius, aku belajar dari blog ko..maceh :D

  4. Hahah.. adeh. kalau aina, insyaallah cuba reply komen komen dkt blog…
    tapi, kalau x reply tu makna nya tak perasan. kesian tau komen yg tak berbalas.. hehe. Tapi part Q & A dan komen yg ikhlas lagi memberangsangkan tu mmg setuju. =D

  5. Bro, kalau saya selalunya saya reply komen tengok pada mood masa tu..kalau mood okey, saya akan reply balik komen itu & terus bw ke blog tuan empunya pengomen tu..Tapi kalau mood macam malas2, saya biar dulu..nanti dah datang mood rajin..saya akan check balik komen..but normally saya akan reply jugak komen cuma cepat atau lambat je..

  6. Saya pun ada juga tak bslas komen dan berbalas kunjngan disebabkan komen yang berbentuk mengiakannya. Cth setuju.., betulah, ya jugak, memang betul pun dll.

    Insya Allah…… saya akan balas dan berkunjung lagi ke blog mereka yg jengok di blog saya.

  7. Hihihi…
    Yang paling best kalau nk komen tetiba kena scroll mak aih punya panjang…
    Mcm tgk whatsapp ke yahoo msessenger ni….
    Pitammmmmm…..

  8. ciktom jenis susah nak balas komen blog jgk.. slh satu sebab geram yg komen tu nampak benor tak baca entri…entri citer lain..komen tang lain..haha

    satu lagi sebab jrg online..bila dah online tengok jumlah komen terkumplu terus rasa liat nak reply..teruknya..huhu..solution thn ni bt moderate comment..senang nak pantau & reply..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *