Memang sekarang waktu dengan anak-anak lebih banyak sejak sebulan yang lalu.
Bro dah jadi househusband ke? Yup, sejak dulu lagi. Cuma sebelum nie terfokus pada bisnes sehinggakan masa dengan anak berkurangan.
So, hari ini Bro ingin bercerita tentang rancangan kartun yang paling digemari oleh anak-anak Bro.
Memang Bro bayar Astro memahal untuk anak tonton rancangan kanak-kanak seperti ini. Bagus untuk perkembangan minda mereka (Deadpool belum bersesuaian dengan umur dorang nie lagi).
Disini Bro senaraikan 5 Rancangan Kanak-kanak yang mereka minati ketika menonton TV :-
5 – Doc Mcstuffins
Seronok tonton cerita ini, mana la tahu kot-kot si anak nak jadi doktor di masa depan.
Kalau tak jadi doktor manusia/haiwan. Boleh jadi doktor untuk alat mainan, jangan jadi macam daddy merosakan mainan reti la (masa kecik dulu).
Part paling best, bila ada alat mainan yang memerlukan pemeriksaaan, saat itu ada lagu “Time for Your Check Up” tapi versi bahasa Melayu.
Memasing menoleh tengok tv.
Tak pasti dorang minat tengok cerita or minat tengok part lagu itu je.
4 – Hi-5
Anak yang sulung meminati Hi-5 sejak bawa dorang menonton ianya seccara LIVE di Istana Budaya hujung tahun lepas.
Anda boleh baca pengalaman kami di sini.
Terima kasih Malaysia Airlines (Enrich Junior) kerana sudi menaja tiket kami.
Itupun, dia tak kenal sangat watak krew Hi-5. Hanya tahu lagu tema je, lagu lain belum hafal lagi.
3 – Robocar Poli
Rasanya dorang minati rancangan Robocar Poli disebabkan lagu tema dia yang best dan kecomelan watak-watak dalam cerita nie.
Sejak itu,
Memang berhati-hati bila keluar agak dorang tak nampak permainan Robocar Poli.
Dulu pernah beli sekali, main kejab je terus tak berminat dah.
Akhirnya daddy dorang yang main Robocar Poli. Sebab dia macam transformer boleh tukar dari kenderaan jadi robot he…23x
2 – Didi & Friends
Memang tidak dapat dinafikan, rancangan Didi & Friends dengan durasi 3-5 minit menjadi pilihan mereka.
Selain lagu yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak, ia juga menampilkan ilmu pengetahuan ringkas yang mudah dihadam oleh kanak-kanak.
Kadangkala Bro sendiri turut menyanyi bersama.
Dah terhafal sekali dengan anak. Walaupun kenkadang tersalah lirik. Tak pe, like anak like bapak.
1 – Upin Ipin
Pilihan pertama mereka semestinya Upin Ipin. Tidak mengecewakan walaupun asik ulangan dari musim-musim terdahulu.
Rasanya bukan kanak-kanak je yang menyukai cerita Upin Ipin.
Mak Bapak pun turut sama menontonnya, bukan? Ala mengaku je la. Tak perlu nak malu-malu. Bro juga tidak terkecuali.
Dengar cerita akan ditayangkan filem terbaru mereka, Upin Ipin – Jeng Jeng Jeng yang menampilkan Puteri Balqis. Best juga bila tengok teaser dorang.
Kalau ikutkan ada banyak lagi rancangan yang disukai oleh kanak-kanak, malangnya ia tidak ditayangkan pula di TV buat masa ini.
Bro hanya muat turun videonya dan save dalam iPad sahaja.
Bagaimana pula dengan anak-anak anda? Jom kongsikan rancangan apa yang mereka minati, kot-kot boleh try bagi anak tengok selepas ini.Natara
hahahaha..anak saya paling suka upin ipin..dia tengok kartun lain, tapi kartun nilah yang paling utama. mungkin sebab dia faham jalan cerita dengan bahasa dan mungkin juga sebab jalan cerita upin ipin ni sama macam jalan kehidupan rakyat malaysia. minat punya pasal, kalau boleh semua dia nak upin ipin. dari makanan sampailah pakaian..ish!
Yup, memang tidak dapat dinafikan Upin Ipin memang berpengaruh dan dekat dengan jiwa dorang.
anak suka upin ipin ngan didi n friends..
kedua-duanya juga tidak dapat dinafikan…. Daddy dorang pun suka.
Upin ipin salah satu yg paling digemari anak saya..
Yang kenal Upin dan Ipin sahaja. Yang lain first time baru tahu. :)
Kalau ikutkan, kenal upin ipin gak.. Tapi sejak remote astro anak yang control. Terpaksa berkenalan dengan yang lain.
Yang upin ipin tu bukan bebudak pun suka..saya pun suka..kalau dah tak de citer sangat, memang layan upin ipin le..
If xde cite upin ipin, macam mana pulak?
upin & ipin tu mmg peminat rmi…kita pn bila dh ada ank ni br la tau mcm2 jenis kartun hehe
Bro sebelum ada anak, memang dah tahu pasal animasi dekat malaysia nie. Sebab dulu kerja dalam bidang berkenanan so kenal la company yang hasilakn animasi itu sewaktu nak dapatkan geran untuk menjayakannya.
X sangka meletup pulak sekarang nie.
Uyoo. Lama yani tak tgok kartun. Penah dengar Upin & Ipin ngan Hi5 je.
Dok main game je… Then tgk tv, bukak channel AXN etc… Cer buka Disney ke
Huhu..
Bgus utk perkembangan anak2..
Buat masa sekarang, masih mengawal aktiviti dorang depan tv. Tapi nampak gaya macam dorang minat juga drama tv3 pukul 7 malam tue.
tapi anak-anak saya tak layan sangat upin ipin..ultramen je berjam-jam depan tv
ultraman daddy dia yang layan hahahaha
hehehehe.. untung kan budak zaman sekarang..!
saya dulu zaman kechik2 tengok Gaban, Suria Perkasa Hitam dengan Merro Attack je..
:p
He…23x untung la.. Zaman bro dulu jangan harap dapat tengok cerita tue.. Just dengar memember bercerita je
nak bagi anak terer cakap BI, bagi dia tonton kartun BI je..pernah jumpa seorang patient saya, anak cakap BI siap dengan slanga america. padahal mak bapa tak reti langsung cakap BI. bila ditanya sebab apa, sebab dia tonton citer katun BI..tapi tulah, yg sedihnya, anak tu tak reti pulak cakap BM.
Kena seimbangkan dalam semua perkara. Jika tidak, mereka hanya dominion pada satu-satu perkara sahaja.
Anak saya suka sekali film ini, tiap hari tongkrongin tivi, saya malah kawatir dengan pelajaran di sekolahnya,,,
Dalam masa yang sama perlu dipantau pelajaran mereka.
dlm byk byk tu yui minat upin ipin..ehhh.. lupa bkn kanak-kanak lg.. huahua
Oh ye ke… ala kita pun minat upin ipin… (sambil buat aksi cover umur)
Alaaa..Bro..tak susah..kalau tak de citer upin ipin, apa lagi..tengok je la kartun lain..kalau hagak boring gak..tutup tv..bukak fb ke, ig ke..tak pun update blog..hihi
Habis… Si anak tengok apa pula bila mak dia tgk fb. ig dan update blog?
Bro..saya x de anak lagi ler..hihi
anak aku pun dok layan gak cite nih.
haha
saya yang dah tua ni pun minat robocar poli. Upin ipin tu tak yah cakap la…hahaha