Menonton Hi-5 House of Dreams LIVE di Istana Budaya

16,900,820 total views, 377 views today

Menonton Hi-5 House of Dreams LIVE di Istana Budaya

Hi-5 House of Dreams Istana Budaya
Dalam kesibukan, diberikan ruang dan peluang untuk menyaksikan Pementasan Hi-5 House of Dreams yang sedang berlangsung di Istana Budaya sepanjang minggu ini.

Bukan senang nak menyaksikan idola antarabangsa ini turun ke Malaysia untuk buat persembahan.

Lagipun rancangan Hi-5 merupakan rancangan TV yang mula diminati oleh Kak Long Fisha. Melompat-lompat dia dalam Istana Budaya menyaksikan persembahan dari Hi-5.

Walaupun dia macam blur-blur apa sebenarnya yang sedang dia saksikan sekarang nie.

Bukan Ju-on tau.

Ini Hi-5 terbang datang Malaysia. Bukan keluar dari TV dekat rumah tau.

Hi-5 House of Dreams Istana Budaya

Terima kasih Bro ucapkan kepada pihak Enrich by Malaysia Airlines yang sudi menaja tiket untuk kami sekeluarga.

Memang berbaloi-baloi.

Tak terasa rugi datang dari jauh menyaksikan persembahan Hi-5 secara LIVE di Istana Budaya. Bila boleh bawa anak-anak untuk berhibur bersama.

Hi-5 House of Dreams Istana Budaya

Lagipun tengah cuti sekolah (Anak Bro tak sekolah lagi he…23x)

Memang aktiviti ini mampu mengisi aktiviti cuti sekolah anak-anak. Bahkan boleh dijadikan sebagai hadiah terbaik atas “kebaikan” yang mereka pamerkan sepanjang tahun nie.

Nampak tak, ruangan depan pentas dipenuhi oleh kanak-kanak dan juga mak bapak kanak-kanak.

Masing-masing turut mengikut gerak geri tarian yang dipersembahkan oleh Hi-5. Siap ada yang macam dah hafal step dan lagu mereka.

Bro pun tidak terkecuali (dah hari-hari menghadap Hi-5 di TV dan iPad).

Hi-5 House of Dreams Istana Budaya
Sebelum beransur,

Sempat juga bergambar dengan beberapa kenalan yang turut sama menyaksikan pementasan ini.

Maaf, masa amat terhad untuk bersembang lama. Hanya selfie menjadi kenangan. Terkilan tidak dapat bergambar dengan krew Hi-5 dan bersyukur duit tak terluak dari membeli sebarang produk Hi-5 yang dijual disitu.

Bicara Bro : Selamat Susu Anak boleh bawa masuk dalam Istana Budaya, yang lelain kena tinggalkan dekat luar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *