Dalam kesibukan, diberikan ruang dan peluang untuk menyaksikan Pementasan Hi-5 House of Dreams yang sedang berlangsung di Istana Budaya sepanjang minggu ini.
Bukan senang nak menyaksikan idola antarabangsa ini turun ke Malaysia untuk buat persembahan.
Lagipun rancangan Hi-5 merupakan rancangan TV yang mula diminati oleh Kak Long Fisha. Melompat-lompat dia dalam Istana Budaya menyaksikan persembahan dari Hi-5.
Walaupun dia macam blur-blur apa sebenarnya yang sedang dia saksikan sekarang nie.
Bukan Ju-on tau.
Ini Hi-5 terbang datang Malaysia. Bukan keluar dari TV dekat rumah tau.
Terima kasih Bro ucapkan kepada pihak Enrich by Malaysia Airlines yang sudi menaja tiket untuk kami sekeluarga.
Memang berbaloi-baloi.
Tak terasa rugi datang dari jauh menyaksikan persembahan Hi-5 secara LIVE di Istana Budaya. Bila boleh bawa anak-anak untuk berhibur bersama.
Lagipun tengah cuti sekolah (Anak Bro tak sekolah lagi he…23x)
Memang aktiviti ini mampu mengisi aktiviti cuti sekolah anak-anak. Bahkan boleh dijadikan sebagai hadiah terbaik atas “kebaikan” yang mereka pamerkan sepanjang tahun nie.
Nampak tak, ruangan depan pentas dipenuhi oleh kanak-kanak dan juga mak bapak kanak-kanak.
Masing-masing turut mengikut gerak geri tarian yang dipersembahkan oleh Hi-5. Siap ada yang macam dah hafal step dan lagu mereka.
Bro pun tidak terkecuali (dah hari-hari menghadap Hi-5 di TV dan iPad).
Sempat juga bergambar dengan beberapa kenalan yang turut sama menyaksikan pementasan ini.
Maaf, masa amat terhad untuk bersembang lama. Hanya selfie menjadi kenangan. Terkilan tidak dapat bergambar dengan krew Hi-5 dan bersyukur duit tak terluak dari membeli sebarang produk Hi-5 yang dijual disitu.
Bicara Bro : Selamat Susu Anak boleh bawa masuk dalam Istana Budaya, yang lelain kena tinggalkan dekat luar.
Memang best.
Sy memang terluak byk juga lah kena pau dengan anak. Adeh….
Kita punya anak kecik lagi, bila dah besar nanti, tak tahu la macam mane… harap x bijak mengepau bapaknya.
manfaatkan cuti sekolah untuk isi masa bersama keluarga :)
Yup, betul tue
lama juga tak pi istana budaya nih.
hoho..
Last mu pergi bila ek?
Budak-budak yang bersekolah tentu suka dapat bertemu secara live hi5 ini.
terimakasih sudah berbagi, sukses selalu ya
Sama-sama :) Terima kasih juga
comeynye baby fyna
Bila nk puji daddy dia ek?
bestnya tak dapat pergi pun hi 5 ;(
Tengah tgu due ke?
tak pernah pun lagi jejak sane..huhu
hi-5 ni kira kategori generasi adik aku…kalau zaman aku dulu barney and friend la layan..hahaha
Wahhh ada gak eh hi 5 ni… baby fyna n kak long fisha comel sangat