You are here
Home > Iklan > Advertorial > Uji Kehebatan Honda City Melalui City Bloggers Drive

Uji Kehebatan Honda City Melalui City Bloggers Drive

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip
Baru-baru ini, Bro berkesempatan menyertai “City Bloggers Drive” anjuran Honda Malaysia.

Bersama-sama dengan blogger yang terlibat, kami diperkenalkan lebih dekat dengan Honda City yang akan menjadi pengangkutan rasmi kami dari KL menghala ke Pulau Pinang.

Apa kami buat di Pulau Pinang?

Pada minggu tersebut, Honda Malaysia tengah mengadakan Honda Family Road Trip di Juru Auto City, Pulau Pinang dan kami menuju ke sana bersama Honda City untuk menambahkan lagi kehangatan event di sana.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

9 Blogger terlibat, dan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan mewakili 3 kereta Honda City yang bakal kami pandu secara bergilir-gilir.

Pemandu Pertama City Bloggers Drive – Bro Framestone

2 blogger yang sekereta dengan Bro adalah Hafiz Rahim & Syafiqah Hashim.

Bro menjadi pemandu pertama,

Yeahhhh….!!! Bukan senang nak rasa naik kereta yang dipandu oleh Panda, Siap Hafiz Rahim Ada Pemandu Peribadi.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Tempat letak Starbucks dalam Honda CityPerhentian pertama kami, semestinya RnR Rawang (dekatnye dah stop). Eh, kami stop bersebab.

Masing-masing nak cuba drive thru Starbucks dengan menaiki Honda City. Tapi brader Starbucks yang layan karenah kami memang sporting.

Tarbek buat beliau.

Kami dinyatakan bahawa terdapat 8 tempat untuk meletak cawan/bekas minuman dalam Honda City.

Sesuai sangat bagi mereka yang menaiki beramai-ramai (jenis makan dan minum dalam kereta) dan juga bagi mereka yang sudah berkeluarga (boleh jadi tempat untuk meletak botol susu anak).

Pemandu Kedua City Bloggers Drive – Syafiqah Hashim

Pemandu Kedua City Bloggers Drive - Syafiqah Hashim

Pemanduan diteruskan sehingga ke Perhentian Pertama – RnR Behrang (Perhentian sebenar dan dekat je dengan rumah Bro). Di sini kami dikehendaki menukar pemandu.

Like A Boss Menikmati Starbucks - Honda City Bloggers DriveDisebabkan Syafiqah Hashim tak nak kena buli kaw kaw dia mengofferkan diri menjadi pemandu kedua.

Bagaimanapun malang tetap berbau, dia tetap kena buli kaw kaw dengan kami. Selamat tak menangis budak ini.

Waktu ini, Bro duduk sensorang dibelakang.

Sambil menikmati Starbuck ala-ala Like A Boss. Selesa duduk diruang belakang. Dimana ruang kakinya agak luas dan rasa lebih santai jika menjadi penumpang bagi perjalanan jauh.

Perjalanan diteruskan hingga ke Ipoh, lokasi Perhentian Kedua kami merangkap lokasi kami berhenti untuk makan tengahari, solat dan juga pertukaran pemandu ketiga.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Kami berhenti untuk makan tengahari di Restoran Yong Suan yang popular dengan “Nasi Ganja” yang agak terkenal dan perlu anda nikmati sekiranya singgah ke Ipoh.

Nasi Ganja di Restoran Yong Suan, Ipoh - Honda City Bloggers DriveKenapa kami berdua sahaja dalam gambar ini?

Mana Syafiqah Hashim?

Eh, dia tengah merajuk he…23x

Tipu sahaja.

Dia awal-awal dah cop meja paling hadapan sekali, terpaksa kami berdua duduk di meja paling belakang sekali. Nampak sangat tengah kelaparan ataupun tengah tak sabar nak menikmati Nasi Ganja disini.

Apa-apa pun terima kasih Honda Malaysia sebab sudi bawa kami perkena Nasi Ganja di sini. Memang terbaek…!!!

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip
Selepas makan tengahari, kami menuju ke Masjid Negeri Perak untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.

Sebelum bergerak.

Kami bergambar beramai-ramai di depan Menara Jam Besar, Ipoh yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri.

Ada kisah tersendiri rupanya tempat ini. 7 tahun Bro duduk Ipoh, baru kali ini Bro tahu ada kisah disebalik misteri …… Nanti la Bro cerita.

Pemandu Ketiga City Bloggers Drive – Hafiz Rahim

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Perjalanan diteruskan, di mana Hafiz Rahim menjadi pemandu ketiga untuk perjalanan kali ini.

Kalau ikutkan, tiada apa-apa pun yang berlaku atau menarik untuk diceritakan sewaktu mamat nie memandu, memasing macam mengantuk kekenyangan dengan berbaki 2 jam perjalan menuju ke lokasi seterusnya.

Nampak kejam tak statement Bro he…23x

Ciri-Ciri Terdapat Pada Honda City

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Ini merupakan Honda City generasi keempat,

Ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC berserta Continuous Variable Transmission (CVT) yang telah dinaik tarafkan.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Selain mempunyai ratio kuasa yang agak berpadanan dengan saiznya, ia turut dilengkapi dengan ECON mode bagi memberi penjimatan minyak yang maksimum.

Sesuai sangat sekiranya, pemanduan dalam bandar dan stuck dalam trafik jam.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Steering Control Honda City
Nampak elegant tak pada ruang pemandu, dengan beberapa fungsi button kawalan terdapat pada steering.

Yang ingin Bro tekankan disini adalah fungsi cruise control yang terdapat di sebelah kanan steering. Fungsinya macam auto pilot cuma dia control pada kelajuan kereta sahaja.

Sesuai untuk perjalanan jauh di atas jalan yang lurus.

Anda hanya perlu set kelajuan yang anda inginkan, kemudian lepaskan pedal minyak dan biarkan kereta meluncur pada kelajuan yang telah anda tetapkan.

So anda boleh rehatkan kaki anda dari memijak padel.

Ruang Tempat Duduk Belakang Honda City

Ruang belakang lebih luas memberi keselesaan kepada penumpang dibelakang.

Nampak tak bertapa gembiranya Syafiqah Hashim bila dapat duduk dibelakang sensorang sambil ditemani belon-belonnya.

Betul-betul kanak-kanak riang rupanya budak ini.

Kita layankan aja….

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Terdapat fungsi untuk memberi kestabilan dan keselamatan tambahan sekiranya anda memasang Baby Car Seat pada ruangan belakang.

Ia turut hadir dengan 6 Air Bags bagi penumpang dihadapan juga dibelakang.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Terdapat juga fungsi smart entry dimana anda tidak perlu menekan button lock-off terlebih dahulu pada remote kereta untuk membuka kereta atau but belakang.

Anda hanya perlu meletakkan tangan dibelakang pemegang pintu, kemudian sensor dipemegang tersebut akan diaktifkan bagi membenarkan anda untuk membuka pintu tersebut.

Pastikan anda menyimpan remote kereta dalam poket anda atau berdekatan dengan anda. Fungsi ini hanya akan diaktifkan jika anda (remote mesti ada pada anda) berada didalam jarak 32 inci ataupun 80 cm daripada kenderaan anda.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Mempunyai ruang but besar berkapasiti 536 liter dan mampu mengisi lebih muatan, sesuai bagi mereka yang membawa lebih bagasi terutama yang sudah berkeluarga.

Kalau ikutkan, boleh muat 3 orang dalam but ini.

Malangnya, tiada sesiapa nak jadi mangsa ke-3 untuk disumbat bersama dalam but ini he…23x Jika seat belakang diturunkan, lebih besar ruang belakang boleh digunakan.

Honda Family Road Trip

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Akhirnya kami tiba juga ke Honda Family Road Trip yang berlangsung di Juru Auto City, Pulau Pinang. Berbagai aktiviti menarik diadakan disini.

Anda boleh baca di sini jika nak tahu lebih lanjut tentang event ini.

Dengar cerita terdapat 13 lokasi ianya akan berlangsung. Mana tahu, salah satu daripadanya terletak berdekatan dengan anda.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - CIty Bloggers Drive

Cuma nak bagitau je la.

Dekat sini, Bro berpeluang memandu Honda CRV bersama-sama rakan & selebriti terkenal, Awi Rafael. Ok, jangan jeles.

Anda juga mungkin berpeluang merasa sendiri pengalaman seperti ini sekiranya anda hadir ke mana-mana Honda Family Road Trip yang bakal berlangsung nanti.

Waktu Santai Bersama Team City Bloggers Drive

Dinner Seafood di Prawn Village Restoran, Pulau Pinang

Sebelah malamnya,

Kami menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut yang terkenal di Pulau Pinang, Prawn Village Restoran. Makanan disini adalah Halal.

Di Pulau Pinang, kami bermalam di The Light Hotel yang terletak di Seberang Jaya dan ianya merupakan hotel bertaraf 5 bintang.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - CIty Bloggers Drive

Keesokan harinya, kami akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Masih menetapkan formasi seperti hari sebelumnya, dimana kami akan memandu secara bergilir-gilir.

Awek memandu Honda City

Hafiz Rahim Honda City Bloggers DriveUntuk permulaan, kita bagi can pada Syafiqah Hashim untuk dibuli sepuas-puasnya.

Lagipun dia sendiri offer diri untuk memandu dulu.

Tak pasti kenapa dia teruja semacam sewaktu memandu, siap nyanyi-nyanyi lagi. Hati tengah berbunga-bunga la tue.

Selamat suara dia sedap di dengar.

Malangnya…

Jarak pemanduan dia tak la jauh mana pun. Dekat je rupanya sebelum bertukar driver.

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip
Pemanduan seterusnya oleh Hafiz Rahim dan Syafiqah Hashim macam biasa, masih menguasai radio.

Jom layan beberapa gambar sewaktu Honda City yang kami naiki beraksi.

(Bila sampai turn Hafiz Rahim je, mesti xde cerita pasal dia dan diselitkan cerita lain he…23x)

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip

Nampak tak?

Kami lenjan kaw-kaw Honda City ini. Dari jalan raya hingga ke ladang getah, segala lopak air kami langgar.

Eh, mesti korang tertanya-tanya ke mana hala tujuan kami sampai masuk ladang getah bagai nie. Kata nak balik Kuala Lumpur.

Water Rafting Sungai Kampar, Gopeng, Perak

Apa barang balik terus ke Kuala Lumpur.

Kami singgah ke Gopeng, untuk bermain air (Gaya macam tak pernah jumpa air kan) Eh awat xde muka Bro dalam gambar ini. Korang buat pakatan nak pulaukan Bro ek.

Korang tak sedar, Bro ada daulat.

Water Rafting Sungai Kampar, Gopeng, Perak

Tue pasal korang karam dan Bro terpaksa selamatkan korang he…23x

Apa-apa pun Thank Honda Malaysia & Riverbug Gopeng, Perak untuk pengalaman paling berharga buat #teamkaram ini he…23x Gua tumpang gelak je.

Tak puas hati?

Jom repeat… Xde hal punya la.

Water Rafting Sungai Kampar, Gopeng, Perak

Akhirnya tiba part paling tak best.

Bukan pasal Bro kena drive dan dibuli, tetapi masing-masing macam tak semangat nak balik KL dan berpisah dengan Honda City ini.

Masing-masing sudah jatuh hati.

Honda City Terbaru – Dark Ruby Red Pearl

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan Honda City mereka kini hadir dengan warna Dark Ruby Red Pearl @ Merah Delima.

Dilengkapi dengan enjin 1.5 SOHC i-VTEC berserta Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan dibawah Earth Dreams Technology milik Honda.

Menjadikan pemanduan Honda City sempurna dengan gabungan prestasi pemanduan serta penggunaan minyak yang ekonomi.

Honda City Red Ruby

Selain Dark Ruby Red Pearl, Honda City juga hadir dengan warna Taffeta White, Modern Steel Metallic, Alabaster Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.

Blogger Honda City Bloggers Drive

Akhirnya kami selamat tiba di Kuala Lumpur, so amik gambar beramai-ramai sebelum masing-masing berpisah pulang ke rumah masing-masing.

Apa-apa pun, terima kasih Honda Malaysia atas peluang yang diberikan kepada kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai model terkini dari Honda Malaysia, anda boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

3 thoughts on “Uji Kehebatan Honda City Melalui City Bloggers Drive

Leave a Reply

Top