17,171,166 total views, 1,017 views today

The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang Bertaraf 5 Bintang

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

The Light Hotel Seberang Jaya Penang
Satu kejutan dari pihak Honda Malaysia bila Bro & rakan-rakan media diberi penginapan bertaraf 5 bintang di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Rasanya hilang penat seharian memandu dari Kuala Lumpur & membuat liputan Honda – The Family Road Trip di sini.

Memang agak penat, sekiranya tidak berehat sepanjang hari.

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang

Kunci bilik…..

Memang teruja bila menerima kunci bilik dan dinyatakan seorang blogger dapat 1 bilik. Terima kasih Honda Malaysia.

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang

Masuk sahaja bilik, nampak katil macam memanggil-manggil. Lagi-lagi bila ternampak bantal yang gebu-gebu untuk digomol sepanjang malam ini.

Siap ada kerusi malas dekat sebelah.

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang

Dengan TV bersaiz 32″ bersama dengan meja yang bakal menjadi workstation sepanjang Bro berada disini.

Agak selesa untuk buat kerja sambil malayan rancangan di TV dari Hypp TV. Kedudukan workstation yang agak strategik, luas dan selesa untuk membuat kerja.

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang
Mini Bar disediakan.

Boleh nampak ruang antara katil dengan TV agak luas. Selesa untuk mengerjakan solat didalam bilik.

Bila sebut pasal solat, tertanya-tanya juga arah kiblatnya sebab dekat siling bilik tiada tanda arah kiblat seperti kebiasaan hotel.

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang

Rupa-rupanya sejadah dan arah kiblat diletakan dalam laci meja disebelah katil.

Memang terbaik…!!!!

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang
Mini Bar yang disediakan.

Menjadi peneman Bro untuk menonton TV sambil buat sedikit kerja di ‘workstation’ sementara Bro.

Last-last pukul 1 pagi, Bro tidur. Bangun pula pukul 3.30 pagi, terus tak boleh nak tidur-tidur dah. Parah….!!!

Breakfast di The Light Hotel, Seberang Jaya

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang

The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang

Breakfast turut disediakan di The Light Hotel, Seberang Jaya ini.

Memang selesa dan santai, dengan pilihan makanan yang pelbagai. Yang menariknya, kebanyakan makanan dimasak secara terbuka dimana anda boleh melihat chef disini memasak dan kebersihan dapur mereka.

The Light Hotel – Seberang Jaya, Pulau Pinang
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang, Malaysia

Tel No. : +604-382 1111

Website : www.thelighthotelpg.com
Facebook : https://www.facebook.com/thelighthotelpg/



Booking.com

Bicara Bro : Terima kasih kepada Honda Malaysia kerana sudi menaja penginapan di The Light Hotel – Seberang Jaya, Pulau Pinang sepanjang Bro & rakan-rakan membuat liputan The Family Road Trip di Auto City, Juru.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - CIty Bloggers Drive

Gambar Blogger yang menyertai “City Bloggers Drive” bersama Honda City yang menjadi pengangkutan rasmi kami sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang Bertaraf 5 Bintang

  1. Assalammualaikum…

    wahh… best nyer suasana hotel yang sungguh menyenangkan untuk beristirehat …. sweet dream bro..

    mselim3

  2. bertuah bro bleh menginap hotel 5 bntang..

  3. wow, so good, i wish can go next time, thanks for sharing.

    1. u r welkome…. memang best hotelnya….

  4. untooonglahh bro dok hotel 5 star x invite kitew ;'( hehehhehehe

    1. Omai……. Kenapa x cakap awal-awal, boleh bro invite datang bilik hari tue…. (hari tue dok tingkat berapa ek?)

  5. semua ni atas berkat usaha bro juga. tahniah 🙂

  6. terbaik la honda..bile honda nak buat lagi ni..

Leave a Comment