17,148,658 total views, 4,047 views today

Pengalaman Jadi Driver Awi Rafael Di Honda Family Road Trip

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Honda Family Trip - Honda Malaysia - CIty Bloggers Drive
Tak sangka terpilih untuk memandu Honda CRV bersama member & penyanyi Awi Rafael sewaktu Honda Family Road Trip 3 yang berlangsung di Auto City Juru, Pulau Pinang.

Kalau ikutkan, Bro nak Awi Rafael yang drive. Tapi dia tak nak pula dan dia cakap teringin nak rasa naik kereta yang Bro drive.

Alasan dia……

Tiada hal punya la nak jadi driver. Lagi-lagi naik kereta dengan selebriti terkenal sorang nie.

Cuma agak kekok bila cari hand brake tak jumpa.

Lupa, Honda CRV hand break dia dekat kaki. Ok, gua kena gelak dengan Awi Rafael.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - CIty Bloggers Drive

Selain kena gelak dengan Awi Rafael, Bro turut kena gelak dengan rakan blogger, Pinky Momma dan juga wakil dari Honda yang mengiringi pemanduan Bro sekitar Juru, Pulau Pinang.

Ok, ini la Honda CRV yang Bro pandu.

Selain Bro, terdapat juga beberapa pengunjung yang bertuah dapat menaiki kenderaan Honda bersama selebriti terkenal seperti Awi Rafael, Amir Jahari, Iamneeta & Zhao Jie Ying.

Honda Family Road Trip di Auto City Juru, Pulau Pinang

Schedule Honda Family Road Trip Malaysia

Honda Family Road Trip diadakan bertujuan mendekatkan dan memperkenalkan jenama Honda kepada masyarakat setempat.

Ianya diadakan di 13 lokasi diseluruh Malaysia.

Sekiranya anda berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri bersama rakan-rakan atau keluarga di lokasi Honda Family Road Trip berdekatan anda.

Berbagai aktivti disediakan untuk anda seisi keluarga.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive
Antaranya pameran kereta terkini dari Honda.

Disini, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat, bahkan boleh mencuba. Jika anda bernasib baik, anda juga berpeluang untuk pandu uji kereta Honda bersama selebriti seperti Bro.

Best tak?

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive
Dalam masa yang sama pengunjung juga berpeluang mendengar penjelasan lebih lanjut dari wakil Honda Malaysia.

Mana tahu, jika anda berkenan dengan mana-mana satu model Honda yang dipamerkan disini, anda boleh terus buat tempahan.

Kalau dah berkenan dimata dan dihati, tak perlu tunggu lelama.

Bro pun ada model yang diminati, malangnya kena bincang dengan puan isteri dulu. Sebab dia pun ada model yang dia berkenan juga.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive
Selain itu, terdapat juga booth jualan dibuka untuk pengunjung yang hadir.

Jika tercari accessory kenderaan juga turut dijual. Jangan terkejut jika terjumpa tudung Neelofar juga dijual disini.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Sebelah malamnya pula,

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan dari artis/selebriti terkenal. Nampak meriah tak?

Rugi pada sesiapa yang tidak datang ke Honda Family Road Trip yang berlangsung. Lagi rugi, siapa mai tak roger Bro tempoh hari.

Kalau tidak, dapat juga kita berjumpa.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive
Kanak-kanak riang….

Katanya nak buat photoshoot, sedangkan kenyataannya tengah teruja dapat belon. Penuh bonet kereta dia sumbat belon ini.

Honda City Terbaru – Dark Ruby Red Pearl

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan Honda City mereka kini hadir dengan warna Dark Ruby Red Pearl @ Merah Delima.

Dilengkapi dengan enjin 1.5 SOHC i-VTEC berserta Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan dibawah Earth Dreams Technology milik Honda. Menjadikan pemanduan Honda City sempurna dengan gabungan prestasi pemanduan serta penggunaan minyak yang ekonomi.

Selain Dark Ruby Red Pearl, Honda City juga hadir dengan warna Taffeta White, Modern Steel Metallic, Alabaster Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.

City Bloggers Drive

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive
Muka-muka blogger yang terlibat dengan “City Bloggers Drive” di Honda Family Road Trip, Juru Auto City, Pulau Pinang.

Masing-masing teruja walaupun agak kepenatan memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam masa yang sama terlibat sama dengan aktivti yang telah diaturkan sepanjang perjalanan.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - City Bloggers Drive

Terima kasih Honda Malaysia atas peluang yang diberikan kepada kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai model terkini dari Honda Malaysia, anda boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Pengalaman Jadi Driver Awi Rafael Di Honda Family Road Trip

  1. untung la dapat naik kereta dengan retis.. almaklum la blogger retis. heheeh

    1. He…23x naik kereta je.. untung lagi dapat kereta sebijik, dua bijik… berbijik2

    1. Eh pika la… dah masukan gambar pika dalam entry nie… comel x?

  2. Bertuah badan dapat satu kereta bersama artis.

    1. Bertuah artis, duk dalam kereta, relax je…..

  3. canteknya city dark ruby. .
    .
    .
    kalau aku kaya…huhuhu

  4. Dark Ruby Red tu menggoda betui..fuh

  5. bertuah dapat jadi member artis

Leave a Comment