April 25, 2024

Hidangan Dengan Sentuhan Tradisional di Seniman Cafe, Pavilion Bukit Jalil

Jom Ke Seniman Cafe

Bro ingin berkongsi port makan baru yakni Seniman Cafe yang terletak di tingkat 4 Pavilion Bukit Jalil yang menyajikan masakan gabungan Malaysia tempatan dengan sentuhan kreatif Barat.

Seniman Cafe menawarkan pelbagai menu masakan melayu dari pembuka selera, menu utama (lauk pauk) hingga ke pencuci mulut.

Sambil makan, boleh juga mengimbau kembali memori lama.

Memori lama? Yup memori lama melalui hidangan yang disajikan di sini. Memorinya bukan sahaja datang dari nama hidangan bahkan rasanya mampu membuat anda terkenang kampung halaman serta masakan ibu anda disana.

Talam Set 'Do Re Mi' Seniman Cafe

Untuk permulaan, Bro ingin perkenalkan hidangan yang mampu buat anda terkenang pada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Talam Set ‘Do Re Mi’

  • Talam Set ‘Do’ (RM62) – Daging Salai Lemak Cili Padi, Ayam Kunyit Palembang, Sotong Sambal Tumis, Nasi Minyak Pengantin, Minuman Teh Tarik Terbalik
  • Talam Set ‘Re’ (RM72) – Kari Kambing Jiwa Kacau, Ayam Masak Kicap Manis, Udang Goreng Halba, Nasi Kukus, Minuman Teh Tarik Terbalik
  • Talam Set ‘Mi’ (RM82) – Tulang Sisih Kerutup, Ayam Goreng Pak Kaduk, Ikan Siakap Berlado, Nasi Minyak Pengantin, Minuman Teh Tarik Terbalik

Nampak menarik bukan? Seperti yang Bro katakan tadi, hidangan di sini memang mampu membuat anda terkenang memori lama.

Makanan tempatan Malaysia walaupun nampak macam moden, tetapi ia masih mengekal sentuhan tradisional untuk memberi pengalaman bermakna bagi setiap pelangan mereka.

Menu Seniman Cafe Pavilion Bukit Jalil

Menu Seniman Cafe

Terdapat juga menu-menu utama yang lain seperti :-

• Kerutup Kambing Mak Tiri (RM26)
• Daging Kerutup (RM28)
• Ikan Siakap Berlado (RM50)
• Ikan Bakar Bujang Lapok (RM52)
• Lontong Kering Wak Labib (RM18)
• Mee Kari Udang Bersepai (RM20)
• Kuey Teow Beef Terkejut (RM19)

Ada yang tanya, kenapa ada nampak tiffin atas meja?

Seniman Cafe ada menawarkan Set Tiffin edisi terhad (2 orang makan) dengan corak identiti Hari Merdeka.

Set Tiffin ini didatankan dengan Nasi kuning Mahawangsa, Ayam Rendang Temasek dan Pengat Nangka Madu pada harga RM75 (tempoh promosi 13 Ogos hingga 31 Ogos 2022).

Menu Pembuka Selera Seniman Cafe

Menu Pembuka Selera

• Tauhu sumbat Kejora (RM14)
• Kerabu Daging Bakar Air Asam Kerisik (RM18)
• Sotong Kangkung Terangkat (RM16)

Pencuci Mulut Seniman Cafe

Pencuci Mulut
• Pisang Sangai Ice Cream (RM14)
• Churros with caramel & choc dip (RM16)
• Roti Jala Sira Durian (RM16)
• Teh Tarik Terbalik

Teh Tarik Terbalik? Macam mana tu?

Kalau nak tahu, anda kena datang dan mencuba sendiri Teh Tarik Terbalik di Seniman Cafe ini.

Menu ‘Rare’ di Seniman Cafe, Tiada di Tempat Lain!

Seniman Pizza Bisa Bonar

Pernah tak anda jumpa dan nikmati pizza dengan topping petai? Yup, petai. Agak rare bukan. Lagi rare bila anda boleh jumpa menu seperti ini di Pavilion Bukit Jalil.

Hadir dengan topping sambal ikan bilis bersama petai yang segar dan besar untuk anda nikmati hasil gabungan citarasa moden dan kampung.

‘Seniman Pizza Bisa Bonar’ ini turut hadir dengan beberapa topping, mampu memberi kelainan kepada peminat Pizza di Malaysia, antaranya ;-
• Sambal Bilis Petai Power (RM24)
• Daging Salai Lomak Berapi (RM26)
• Asam Pedas Lautan Gelora (RM30)
• Ayam Percik Melambang (RM22)
• Kerutup Kambing Mak’ Tiri (RM26)
• Kerabu Ulaman Menjerit (RM20)

Ikan Siakap Berlado Petai

Jika anda peminat petai, jangan lupa untuk order Ikan Siakap Berlado bersama dengan petai. Pasti tidak akan mengecewakan anda.

Seniman Cafe @ Pavilion Bukit Jalil
Lot 4.31.00, Level 4 Pavilion Bukit Jalil,
Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad (10 pagi – 10 malam)
Website : https://senimancafe.com/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *