May 21, 2024

‘Surrr! In the Sky’ @ KL Tower Sempena Festival Nasi Kandaq

Festival Nasi Kandaq

Menara Kuala Lumpur telah menganjurkan ‘Surrr! In the Sky’ @ KL Tower – Festival Nasi Kandaq pada 27 dan 28 Januari 2024 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur.

Festival yang diadakan dua hari ini akan membawa lebih daripada 10 restoran-restoran terkenal dari Pulau Pinang seperti Hameediyah, Kapitan, Hussain Pasembor Padang Kota, Line Clear, Ais Tingkap, Jamal Mohamed (Ketapang), Saddam dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

“Ini kali pertama kami mengumpulkan pengusaha Nasi Kandar yang ternama bersama-sama dalam satu festival di Menara Kuala Lumpur. Dengan kerjasama Nasi Kandaq Hunters dan Nasi Kandar Transporter.

Kami juga sangat teruja untuk menganjurkan lebih banyak sebegini di sini dan berhasrat untuk mengumpulkan pengunjung dan pencita makanan. Khas untuk menikmati makanan tempatan di sini.” – Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Surrr! In the Sky Nasi Kandaq Festival

Kemuncak festival ini adalah para pengunjung boleh menjamu selera di Sky Deck bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam pada hari Sabtu dan Ahad sambil menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk menjamu selera di Sky Deck, kami menawarkan pakej berharga RM60.00 untuk satu keluarga (terdiri daripada 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) atau RM20.00 setiap seorang.

Cabaran Teh Tarik @ KL Tower

Cabaran Teh Tarik KL Tower

Selain itu, Menara Kuala Lumpur juga akan mengadakan Cabaran Teh Tarik @ KL Tower pada 27 dan 28 Januari ini bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Peserta juga akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 untuk pemenang pertama, RM3,000 untuk pemenang kedua, atau RM2,000 untuk pemenang ketiga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website Menara Kuala Lumpur www.menarakl.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *