April 24, 2025

Buffet Ramadan “Sajian Titian Desa” di Hotel Royal Signature Dengan Harga Bermula Dari RM128

Buffet Ramadan Sajian Titian Desa Hotel Royal Signature

Hotel Royal Signature julung kalinya menjemput anda untuk memeriahkan lagi suasana bufet makan malam eksklusif mereka dan menikmati hidangan lazat yang bertemakan “Sajian Titian Desa” dengan harga bermula dari RM128.

Anda boleh abadikan kenangan terindah ketika berbuka puasa bersama orang yang tersayang sambil menghayati keasyikan rasa santapan tradisional Malaysia.

Para tetamu yang hadir ke bufet makan malam ini akan dihidangkan dengan lebih 200 jenis juadah yang terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa.

Eksekutif Chef, Chef Tony Tang

Suasana dimeriahkan lagi dengan aksi memasak secara langsung dengan yang dikendalikan oleh eksekutif chef, Chef Tony Tang bersama-sama pasukan kulinari beliau yang intipati hidangannya berinspirasikan desa daripada zaman kanak-kanak mereka.

Hidangan utama yang menjadi tarikan ramai adalah Kambing Golek yang mendapat sentuhan gaya masakan barat oleh Chef Tang yang berinovatif dalam mencetuskan resepi baharu daripada menu tradisional hidangan tersebut.

Kari Kepala Ikan Buffet Ramadan Sajian Titian Desa Hotel Royal Signature

Kari Kepala Ikan “Istimewa” Kedah juga merupakan antara hidangan yang mendapat sambutan ramai sebagai hidangan yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam ini.

Terdapat juga pelbagai tawaran menu lain yang menarik termasuk Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate.

Para penggemar makanan laut juga tidak ketinggalan untuk turut menikmati pelbagai pilihan menu kegemaran anda.

Makanan laut segar “Seafood on Ice”, Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang merupakan antara hidangan yang disediakan khas.

Bufet makan malam Sajian Titian Desa dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia, seperti Ais Kacang, aneka kuih-muih Melayu, chocolate fountain yang mengiurkan, dan juga beberapa pilihan lagi untuk menjamu para penggemar manisan.

Sambil menjamu selera dan berbuka puasa dengan bufet makan malam Sajian Titian Desa, tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung pada setiap hari. Suasana majlis berbuka puasa dimeriahkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi.

Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa.

Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, Hotel Royal Signature mengumumkan bahawa setiap satu penjualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, sejumlah RM1.00 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah sebagai inisiatif mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat.

Bufet makan malam Sajian Titian Desa ini bertempat di restoran Asian Pot dan mula beroperasi pada 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam.

Butiran harga adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM 178.00 bersih
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 128.00 bersih
  • Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun): RM98.00 bersih
  • Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB
  • Belian berkumpulan: Beli 10, Percuma 1

Bagi mereka yang merancang untuk menempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, pada harga RM 128.00 bersih untuk setiap dewasa (harga asal RM178.00 bersih).

Jika anda ingin membuat tempahan atau memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi melalui e-mel di fb.secretary@hotelroyalsignature.com serta melalui panggilan telefon atau WhatsApp menerusi talian +60 16-808 3188.

Pakej Bilik Penginapan Titian Desa Ramadan @ Hotel Royal Signature

Hayati semangat Ramadan dengan Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan eksklusif kami, khas untuk mereka yang ingin meraikan bulan yang mulia ini dengan berkumpul bersama keluarga tercinta.

Harga pakej bilik kami bermula dari RM 488.00 bersih untuk setiap bilik pada kadar satu malam, pakej termasuk:

  • Bufet sarapan sahur
  • Bufet makan malam Sajian Titian Desa
  • Parkir percuma
  • Snek Ramadan dalam bilik
  • Nikmati diskaun 20% pembelian tambahan untuk buffet makan malam Sajian Titian Desa
  • Tempoh tempahan & penginapan: Sekarang – 5 April 2024

Tempahan pakej boleh dibuat melalui laman sesawang https://hotelroyalsignature.com dan gunakan kod akses FESTIVE.

Jika anda memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, sila hubungi kami melalui e-mel di reservation@hotelroyalsignature.com. Anda juga boleh menghubungi kami melalui panggilan telefon atau WhatsApp menerusi talian +60 16 809 5188.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *