April 30, 2024

Bufet Ramadan 2024 – D’Pine Loghouse @ Farm in The City

Bufet Ramadan 2024 - D'Pine Loghouse @ Farm in The City

Rindu nak berbuka puasa dekat kampung halaman dengan vibe desa?

Jom nikmati Bufet Ramadan 2024 di D’Pine Loghouse @ Farm in The City yang dipenuhi dengan tradisi dan nostalgia bermula dari 13 Mac hingga 7 April 2024.

Rasai vibe “Balik Kampung” untuk Iftar di Nostalgia Desa, di mana pengalaman “satu-satunya” yang fenomenal menanti. Sebuah oasis di tengah pusat bandar, di mana terdapat banyak hijauan yang subur, dan perasaan pulang menanti anda.

Lokasinya tidak jauh dari ibu kota, pasti menjadi lokasi pilihan anda untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Menu Bufet Ramadan 2024 – D’Pine Loghouse @ Farm in The City

Bufet Ramadan 2024 di sini menampilkan Masakan Melayu Autentik yang pasti menaikkan vibe kampung / desa anda.

Anda boleh nikmati pelbagai hidangan yang lazat yang disediakan dengan teliti oleh rakan mereka, Hidayah Catering mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun kepakaran dalam masakan Melayu.

Dari kegemaran klasik hingga penciptaan inovatif, setiap suapan adalah perayaan warisan kuliner Malaysia yang kaya. Lebih dari 88 hidangan disajikan setiap hari pasti memberi banyak pilihan buat anda sekeluarga.

Pelbagai juadah masakan ala kampung ditawarkan disini seperti Masak Lemak, Gulai Kawah, Masak Merah dan Rendang. Tidak lupa juga bihun sup utara, ikan / ayam bakar dan juga kambing.

Luangkan Masa Dengan Haiwan Peliharaan Yang Jinak

Sambil menunggu waktu berbuka, anda boleh luangkan masa bersama haiwan jinak dan comel yang terdapat di Farm In The City. Antaranya seperti Alpaca, kambing, kura-kura gergasi dan arnab.

Ini boleh dikatakan pengalaman berharga buat tetamu yang hadir terutamanya bagi kanak-kanak.

Mereka bukan sahaja boleh memegangnya bahkan boleh bermain dan bergambar dengan haiwan-haiwan di sini. Sekaligus boleh diabadikan dalam memori mereka nanti.

Bro boleh katakan, ini salah satu pengalaman berharga dan sukar untuk diperolehi lebih-lebih lagi bagi warga kota dan tidak ditawarkan oleh mana-mana tempat ketika berbuka nanti.

Selain haiwan, terdapat juga Permainan Tradisional Kampung.

Anda boleh nikmati saat “berbuka puasa” dengan aman sementara anak-anak anda dapat dengan permainan tradisional dengan tunjuk ajar dari ‘pendidik’.

Anda juga boleh kembali merasai kegembiraan permainan desa tradisional seperti Congkak dan lain-lain, sempurna untuk menghidupkan semula kenangan manis dan mencipta yang baru dengan keluarga dan rakan-rakan.

Harga Iftar Nostalgia Desa di D’Pine Loghouse @ Farm in The City

Di sini Bro kongsikan harga Iftar Nostalgia Desa bagi Bufet Ramadan 2024 di D’Pine Loghouse @ Farm in The City :

Harga Normal:

  • Dewasa: RM 98.00
  • Kanak-kanak: RM 58.00

Diskaun Khas Early Bird (Tempahan sebelum 20 Mac 2024) :

  • Dewasa: RM 88.00
  • Kanak-kanak: RM 55.00

Selain itu anda boleh nikmati Promosi Farm in The City juga :

  • Setiap tempahan dewasa, akan terima baucer Beli 1 Percuma 1 untuk masuk ke Farm in The City (Sah selama 6 bulan)
  • Tawaran Khas untuk Keluarga Besar dan Kumpulan:
  • Untuk setiap 10 orang yang ditempah, terima 1 orang percuma

Anda kini boleh manfaatkan tawaran-tawaran hebat ini dan tempah tiket anda sekarang untuk pengalaman Iftar Nostalgia yang tidak dapat dilupakan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *