July 25, 2024

Bufet Ramadan 2024 – Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya RM99 Seorang

Bufet Ramadan 2024 - Restoran Rebung 2, Putrajaya

Anda boleh dapatkan Pakej Bufet Ramadan 2024 – Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya yang berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024.

Sempena pembukaan rasmi di Putrajya,

Bufet Ramadan 2024 di Restoran Rebung Chef Ismail 2 hadir dengan tema “Ceq Lapaq Nasik lah!” yang menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui.

Antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu.

Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut.

Di samping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.

Harga Bufet Ramadan 2024 – Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya

Harga Bufet Ramadan 2024 - Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya

Dewasa : RM 99 nett
Kanak-kanak : RM 69 nett (umur 5-12 tahun)

Bayaran boleh dibuat secara tunai, credit card, debit card dan juga e-Perolehan (Agensi Kerajaan).

Terdapat beberapa kemudahan yang terdapat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur untuk keselesaan pelangan, antaranya ;

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu masa mengikut keadaan.

Terdapat juga 4 bilik kecil yang boleh memuatkan sehingga 12 orang untuk setiap bilik. Ruang makan beserta pentas juga disediakan.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa.

Sekiranya anda berminat untuk berbuka puasa di sini, anda boleh membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut di :-

Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya
Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang,
Presint 5, 62200, Putrajaya.

Waze : Taman Seri Empangan (berhadapan PICC)

Tempahan : +6 011 6745 3535

Office : +6 011 6743 5355
Emel : rebung.putrajaya@gmail.com

Facebook : Rebung Chef Ismail 2| Instagram : @RebungChefIsmail2 | Tiktok : RebungChefIsmail2

Perkhidmatan Katering dan Majlis Tertutup di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya.

Restoran Rebung, Kuala Lumpur juga menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran, kediaman anda ataupun di pejabat.

Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya untuk membuat tempahan.

Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Restoran Rebung, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian +6 011 6745 3535 untuk maklumat lanjut.

Manakala untuk tempahan katering, anda boleh menghubungi wakil katering :

  • Cik Jannah : 014-508 2996

Bufet Hari Raya (Promosi Bulan Syawal) di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya

Restoran Rebung akan membuat Bufet Hari Raya di mana mereka akan menggabungkan hidangan di Bufet Lunch dan Bufet Dinner beserta tempahan menu sempena hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain.

Promosi ini akan berlangsung bermula pada 16 April 2024 (Hari Rayaketujuh) hingga 9 Mei 2024. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 sesi, bermula jam 11 pagi – 2 petang (sesi 1), jam 3 petang – 6 petang (sesi 2) dan jam 7 petang – 10 malam (sesi 3).

Harga adalah RM 79 nett untuk dewasa dan RM 59 nett untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun.

Di sini Bro kongsikan harga asal (luar bulan Ramadan & Syawal) sekiranya anda ingin menikmati bufet di Restoran Rebung, Kuala Lumpur :

  • Bufet Breakfast : Bermula pada jam 8:00 pagi – 10.30 pagi (Sabtu & Ahad)
    Harga : RM 21.20 (Dewasa), RM 18 nett (Kanak-Kanak)
  • Bufet Lunch : Bermula pada jam 11:30 pagi – 4:00 petang. (Setiap hari)
    Harga : RM 50 nett (Dewasa), RM 35 nett (Kanak-Kanak)
  • Bufet Dinner : Bermula pada jam 6:30 Petang – 10:00 Malam (Setiap hari)
    Harga : RM 70 nett (Dewasa), RM 50 nett (Kanak-Kanak)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *