March 19, 2025

Bufet Ramadan 2024 Lugar De La Boda, Puchong Harga Bawah RM90

Bufet Ramadan 2024 Lugar De La Boda

Lugar De La Boda, Puchong menawarkan Bufet Ramadan 2024 dengan harga bawah RM90 seorang buat warga Selangor dan sekitarnya.

Anda boleh nikmati 80 Jenis Hidangan & Lebih Dari 12 Gerai Live Cooking sempena Bufet Ramadan 2024 di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong.

Buat julung kalinya Lugar De La Boda akan bertukar lokasi dari Dewan Lugar De La Boda ke lokasi baru di Dewan MSBJ Puchong Utama 7 (Waze : Dewan MSBJ PU7). Loasi ini hanya 1.2 km dari Dewan Lugar De La Boda.

Untuk ramadhan kali ini, Lugar De La Boda akan mengadakan bufet ramadan kali ke-7 di Dewan MSBJ PU7, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi.

Bufet ramadan harga bawah RM90 di Selangor ini bermula dari 15 Mac 2024 (Jumaat) hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar kawasan dewan.

Kenapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7?

Antaranya sebab kenapa anda perlu berbuka puasa dengan buffet ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong ini :

  • Makanan memang sedap (terutamanya lamb grill yang unlimited tau)
  • Dewan yang berhawa dingin
  • Parking yang luas dan dekat
  • Perkhidmatan rela untuk mengawal lalu lintas ( 300 paxs keatas)
  • Dewan yang luas bole memuatkan sehingga 600 pax
  • Gerai makanan ada di luar dan juga didalam dewan
  • Kerusi bayi disediakan (1st come 1st serve)
  • Pelbagai jenis menu yang memang menepati citarasa anda

Senarai Menu Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7

Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi.

Semua menu ini akan berubah setiap hari.

Senarai Menu Bufet Ramadhan mbsj pu7 2024 by Lugar De La Boda Puchong

Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan ‘live cooking’ yang anda wajib cuba :

  • Lamb grill live – menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper’
  • Special stall : live kuih badak berendam & juga kuih onde2
  • Noodles : mee kari chinese style/mee bandung/mee rebus /soto /bihun sup
  • Stall Aiskrim

Anda juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang ‘Night Market Style’, ABC Counter dan beberapa menu lain.

Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti bubur of the day, buah-buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan lain.

Harga Bufet Ramadan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda

Harga Bufet Ramadan mbsj pu7 2024 puchong

Anda boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadhan puchong – Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :

  • Dewasa – RM85 (Seorang)
  •  Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun) – RM49 (Seorang)
  • Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) – RM49 (Seorang)
  • Special Price : 10 Pax RM 75 Seorang ( Dalam 1 Resit Rm750 Sahaja)

* Percuma Kepada Sesiapa Yang Hari Lahirnya Jatuh Pada Hari Tersebut. (Sila Tunjukan Kad Pengenalan Ketika Pendaftaran)

Untuk tempahan buffet ramadhan Puchong 2024 di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda, anda boleh ke link ini :

https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanmbsj2024 , atau sila hubungi

  • Zuraini – 0163111074
  • Liana – 016-4318434
  • Shaidatul – 0166700473
  • Kak Lin – 017-2345297

Website : www.hananagroup.com
tiktok : https://www.tiktok.com/@hananastation

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *