Festival Raya Choii X Bulan Bintang 2024 – Dua jenama paling Viral di malaysia iaitu Jersi Choii Dan pakaian baju melayu Bulan Bintang bergabung buat pertama kalinya dalam sejarah sempena Hari Raya 2024.
Sempena gabungan ini, mereka mengeluarkan baju Jersi dan baju melayu gabungan Choii X Bulan Bintang untuk edisi raya 2024.
Anda boleh dapatkan 4 item combo ini dengan harga RM289!
Bagaimanapun, ia nya hanya boleh didapati di lokasi Siri Jelajah Festival Raya 2024 yang dianjurkan oleh Specta Event :-
- Perkarangan Parking A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur (21hb March hingga 24hb March 2024)
- Raia Hotel & Convention Center Alor Setar Kedah (28hb March hingga 31hb March 2024)
Menurut Pengarah Urusan Choii iaitu Encik Fariz Asri,
Beliau amat teruja untuk mengeluarkan produk terbaru ini hasil gabungan bersama Bulan Bintang. Dan beliau berharap ianya dapat diterima dengan baik terutamanya oleh para penggemar Jersi di Malaysia.
Festival Raya Choii X Bulan Bintang ini akan menampilkan barisan selebriti dan influencer popular di Malaysia.
Antaranya, Ella, Shaheizy Sam, Syatillah Melvin, Faris Asri, Erma Fartimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembung, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi.
Festival ini akan host oleh pengacara festival negara Kelly Azman.
Untuk sebarang informasi mengenai Festival Raya Choii X Bulan Bintang 2024, anda boleh layari di media sosial Choii dan juga Bulan Bintang.