Lebih 6,000 peserta dari semua peringkat umur sertai Skechers Friendship Walk 2024 pada 3 Mac di Dataran Wawasan, Putrajaya anjuran Skechers Malaysia.
Dengan tema ‘Kembali Kepada Warisan’, acara itu memberi tumpuan kepada meraikan persahabatan dan komuniti dengan menghubungkan semula dengan warisan budaya Malaysia yang kaya.
Para peserta memulakan perjalanan melalui landskap indah yang dihiasi dengan bangunan warisan negara di Putrajaya.
Tahun ini, Skechers menawarkan pengalaman dinamik untuk peserta dengan berjalan kaki santai sejauh 5KM, menampilkan halangan di laluan yang menarik seperti “Hole in the Wall” dan “Foam Sticks Escape,”.
Tidak lupa juga larian 10KM yang mendebarkan bagi mereka yang mencari kelebihan daya saing untuk berlumba ke garisan penamat!
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran Ayda Jebat selaku Duta Jenama Skechers Malaysia.
Skechers Malaysia turut menghadiahkan pakaian Skechers bernilai RM400 kepada pemenang untuk kategori seperti Gaya Kreatif Terbaik untuk Dewasa, Gaya Kreatif Terbaik untuk Kanak-kanak dan Gaya Sukan Terbaik.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan termasuk Zumba, Inflatables, permainan tradisional seperti Congkak dan Hopscotch, Lukisan Batik, Teka-teki Gergasi dan Memanah.
Aktiviti ini memang sesuai untuk seisi keluarga mahupun bersama kawan-kawan
Mereka juga perlu menyertai Tikam Gergasi dengan Pasport Permainan, bagi melengkapkan enam setem untuk peluang memenangi hadiah menarik dari Skechers Malaysia.
Bagi pihak peserta yang menamatkan larian 5km dan larian 10km, Skechers Malaysia menyumbangkan sejumlah RM10,000 kepada World Vision sebagai sokongan kepada pertubuhan kemanusiaan mereka.