Korang dah cuba Ayam Mak-Mak Cili Api!
Menu terbaru dari The Chicken Rice Shop yang kini boleh korang dapatkan di cawangan mereka hingga 12 Mei 2024.
Sesuai untuk dijadikan menu berbuka puasa sambil meraikan bulan yang mulia, juadah terkini TCRS ini bertujuan untuk memeriahkan lagi saat bersama yang tersayang.
Ia juga sempurna sebagai hidangan Hari Raya, Ayam Mak-Mak Cili Api menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.
Menu yang lazat ini merupakan hidangan ayam masak lemak cili api, berkuah santan pekat dan pedas yang pasti menjadi tumpuan pada perayaan Ramadan dan Raya tahun ini.
Tersedia dalam tiga set berbeza, Set Ucu, Set Mak Ngah dan Set Bonda, tawaran yang pelbagai ini dapat memenuhi setiap keperluan pelanggan.
Set Mak Ngah dan Set Bonda yang tersedia dengan hidangan sampingan seperti ‘Nyonya Pai Tee’, ‘Penang Rojak’, ‘Penang Famous Chicken Rolls’ dan pilihan sayur-sayuran merupakan pilihan yang sesuai untuk kumpulan bersaiz besar.
Tidak lupa juga dengan minuman terbaru Air Tangan Kaklong sebagai pelengkap hidangan! Set Mak Ngah yang Bro ambil didatangkan bersama 2 Air Tangan Kaklong.
Untuk waktu berbuka puasa, TCRS juga menyediakan perkhidmatan bawa pulang (takeaway) dan penghantaran supaya para pelanggan dapat menikmati kelazatan TCRS di mana sahaja mereka berada.
Untuk maklumat lanjut tentang menu Ayam Mak-Mak Cili Api, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook The Chicken Rice Shop.