February 14, 2025

‘Tradisi Semarak Rasa’ Di Kuala Lumpur Convention Centre Sepanjang Ramadan 2023

Buka Puasa Kuala Lumpur Convention Centre

Majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre’s (Pusat Konvensyen) yang popular dan sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun kini kembali.

Bermula dari 27 Mac hingga 17 April 2023, anda berpeluang merasai dan menikmati ‘Resipi Keluarga Asli’ yang dicipta khas oleh barisan chef pemenang anugerah Pusat Konvensyen, diilhamkan daripada resipi asli yang digunakan sejak turun-temurun dalam keluarga mereka.

Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran ramai.

Gerai Juadah Kuala Lumpur Convention Centre

Menu ini termasuk ayam masak rendang hitam, asam pedas daging tetel tulang rawan, gulai udang nangka muda bersama cendawan, hitam dan kacang mungai ayam bakar lengkuas cencaluk, sira ubi kayu, gulai daging tetel bersama rebung madu, ‘Bubu Ikan’ – ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan iringan, dan banyak lagi.

Gerai Bubu Ikan - Ikan Bakar
Gerai Bubu Ikan – Antara gerai yang menjadi tumpuan ramai.

Mengulas mengenai menu yang menambat selera, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jafaar, berkata,

“Ramadan kali ini, anda yang menjamu selera di sini akan menikmati pengalaman yang pasti tidak dilupakan dengan masakan lazat yang disediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif kami, yang datang dari seluruh pelosok negara dan berkongsi resipi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa kami pada tahun ini.

Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, kami juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mahu menikmati kepelbagaian rasa dan sedikit kelainan.”

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Pusat Konvensyen termasuk bilik solat, sejadah, selipar dan tempat mengambil wuduk, membolehkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa.

Dengan dapur Pusat Konvensyen yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), para tetamu beragama Islam boleh menikmati hidangan mereka dengan fikiran yang tenang.

Hidangan Sampingan Kuala Lumpur Convention Centre

Kambing Kuala Lumpur Convention Centre

Pencuci Mulut Kuala Lumpur Convention Centre

“Pada bulan Ramadan ini, kami terus mengukuhkan komitmen kami terhadap kelestarian dengan menggunakan 70% hasil dan ramuan tempatan.

Kami juga berganding bahu dengan Yayasan Bantuan Makanan dan juga rakan-rakan kerjasama kami dalam usaha mengurangkan pembaziran dan akan memberikan makanan lebihan daripada bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut.”

Ramadan kali ini, Pusat Konvensyen juga bekerjasama dengan StarVendors, salah satu daripada jenama beli-belah terbesar di Malaysia untuk menganjurkan Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023, dari 13 hingga 17 April 2023.

Acara ini akan diadakan selama 100 jam berturut-turut dan memberi peluang kepada usahawan tempatan, termasuk ramai artis terkenal Malaysia, yang akan membuka ‘reruai’ untuk menjual produk mereka.

Antara selebriti dan pempengaruh yang menyertai Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023 antara lain termasuk Ifa Raziah, Datuk Sri Vida, dan Dato Aliff Syukri.

Harga Buffet Ramadan Kuala Lumpur Convention Centre

Harga Buffet Ramadan Kuala Lumpur Convention Centre

Para tetamu diberi jaminan kecemerlangan perkhidmatan dan kelazatan sajian 5 bintang di majlis berbuka puasa Pusat Konvensyen untuk orang ramai, yang ditawarkan pada harga termampu RM188 seorang dan boleh ditempah untuk tarikh dari 27 Mac dan 17 April 2023.

Pusat Konvensyen ini juga menawarkan harga terdiskaun bersih RM168 untuk semua tempahan awal berbuka puasa daripada orang ramai yang dibuat sebelum 22 Mac 2023.

Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehampaan. Di samping itu, tawaran kumpulan juga disediakan sepanjang Ramadan dengan diskaun 10% diberikan untuk pembayaran bagi kumpulan lima orang.

Dengan dua menu ‘Tradisi Semarak Rasa’ yang boleh diubah suai, syarikat-syarikat korporat juga boleh menambah pilihan makanan kegemaran tempatan di ‘Chef Action Station’, yang disediakan atas permintaan.

Untuk maklumat terkini tentang Pusat Konvensyen, anda boleh layari :-

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *