May 21, 2024

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Sejarah 100 Jam Tanpa Henti

Pelancaran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023

Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023.

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 ini kembali dan mencipta sejarah baru dimana ia akan beroperasi selama 100 jam tanpa henti.

Ia bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec).

Bagi memeriahkan acara ini, turut ditawarkan sebiji Kereta Mitsubishi Xpander kepada pengunjung bertuah untuk dimenangi.

Jika sebelum ini ia mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Longest Non-Stop Festival” selama 75 jam tanpa henti, kali ini Starvendors akan mencatat nama pula di “Guinness World Book” memecahkan rekod dunia Festival Raya 100 jam tanpa henti!

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 adalah penganjuran kali yang ke-3 sejak 2019 lagi. Pada tahun lepas 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.

Dato Saripah Raziah

Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

Selain itu, StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam Negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak.

Dijangkakan lebih 10 acara tahunan akan dianjurkan oleh Starvendors.

Bermula pada bulan Mac, dianjurkan acara Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. Acara ini melibatkan usahasama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Berkongsi lanjut, Ifa berkata, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 menambah masa operasi dari 75 jam ke 100 jam tanpa henti sekaligus akan memberi peluang pada orang ramai untuk membeli belah tidak kira waktu.

“Starvendors Mega Raya Fest 2023 akan bermula dari jam 9 malam pada 13 April dan terus sehingga 12 tengah malam pada 17 April nanti. Kita tak tutup ‘booth’, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa,”

Festival ini akan menampilkan lebih ramai vendor baru dan lama dengan jualan berbagai produk persiapan raya disamping produk-produk tempatan dan bumiputra yang lain termasuk rangkain emas.

Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal menyaksikan pembabitan 100 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.

Antaranya, Dato Sri Siti Norhaliza, Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Fazura, Fattah Amin, Dato Jovian Mandagie, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin , Sharifah Rose dan ramai lagi.

Mitsubishi Xpander & Duit Raya Untuk Dimenangi

Rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung, yakni Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Dimana Mitsubishi menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun.

Tidak dilupakan sebiji kereta Xpander sebagai cabutan bertuah Shop and Win tahun ini dengan setiap perbelanjanaan minima RM50.

Selain itu, 100 pengunjung terawal dapat “Sakau” duit raya dan goodies bag bernilai RM111,111.

Tidak lupa idak ketinggalan rakan media iaitu TikTok Shop yang akan menyediakan platform “Live” untuk usahawan dan juga mempromosikan acara ini di media sosial.

Acara kemuncak Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Maka, jangan lupa untuk luangkan masa hadir ke Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec).

Jemput datang beramai-ramai ya…!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Sejarah 100 Jam Tanpa Henti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *