February 12, 2025

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 Bersama Yeo’s Malaysia

Menang Duit Raya RM300,000 Bersama Yeo's Malaysia
Anda boleh memenangi duit raya yang berjumlah keseluruhan mencecah RM300,000 dengan menyertai Kempen sempena bulan Ramadan dari Yeo’s Malaysia.

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad telah melancarkan sebuah program mesra Ramadan iaitu Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya sebagai pengisian bermanfaat di bulan yang mulia.

Kredit Gambar : Khir Khalid.

Kempen ini bertujuan untuk menyeru dan menggalakkan seluruh warga Malaysia bersama bintang-bintang terkenal untuk membuat kebajikan dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

Bukan itu sahaja,

Anda juga berpeluang untuk memenangi duit raya setiap hari dengan jumlah keseluruhan mencecah RM300,000!

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya

Untuk memenangi duit raya ini, anda hanya perlu membeli produk minuman Yeo’s dan menyertai peraduan yang diadakan di WeChat Rasmi Yeo’s Malaysia.

Setiap sumbangan yang disalurkan melalui penyertaan di WeChat memberi peluang kepada anda untuk memenangi duit raya sehingga RM300,000!

Kempen ini bermula pada 25 Mei sehingga 5 Julai 2015.

Pemenang bertuah akan memenangi Hadiah Utama sejumlah RM30,000, hadiah ke-2 RM15,000 dan pemenang ke-3 sejumlah RM10,000.

Disamping itu, para peserta turut berpeluang merebut 42 Hadiah Harian yang ditawarkan iaitu duit raya berjumlah RM3,000.00 untuk setiap pemenang. Dalam masa yang sama, 10 pemenang bertuah juga boleh mengaut sebanyak RM300 yang ditawarkan sepanjang 42 hari tersebut.

6 Selebriti Sokong Kempen Beramal Bersama Bintang

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

6 selebriti tempatan terlibat sama bagi menyokong dan menjayakan kempen ini.

Selebriti tersebut terdiri dari Akim Ahmad, Atikah Suhaimie, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi. Mereka telah dibahagikan dalam pasukan dan diwakili dengan rangkaian minuman Yeo’s serta rumah kebajikan masing-masing untuk dibantu

Pasukan 1
Akim Ahmad : (Yeo’s Yeogurt) – Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
Atikah Suhaime : (Yeo’s Yeogurt) – Teratak Nur Barakah, Shah Alam

Pasukan 2
Nad Zainal : (Yeo’s Krisantimum) – Pertubuhan Nur Kasih, Klang
Ajak Shiro : (Yeo’s Teh Kundur) – Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang

Pasukan 3
AG : (Yeo’s Laici) – Rumah Aman, Sungai Buloh
Heliza Helmi : (Yeo’s Soya) – Rumah Opah Hasnah, Klang

Jumlah sumbangan yang dapat didermakan oleh bintang-bintang bergantung pada sokongan semua lapisan masyarakat kita (peserta yang menyertai peraduan ini ya!).

Setiap satu unit minuman Yeo’s mewakili satu nilai derma yang diperolehi.

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

Dengan penerimaan rekod WeChat sebanyak 50,000 derma mata, pasukan bintang tersebut akan dapat mengumpul RM3,000 lalu disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili masing-masing. 100,000 nilai mata akan mengumpul RM5,000 dan 250,000 nilai derma akan mendapat RM10,000.

Sumbangan yang terkumpul akan diserahkan ketika lawatan ke rumah-rumah kebajikan ketika Kem Ramadhan Yeo’s yang bakal berlangsung pada 11 Julai 2015 di Shah Alam.

Bagaimanapun Kem Ramadhan Yeo’s hanya terbuka kepada 300 orang.

Satu siri aktiviti “Jumpa & Salam” dengan bintang-bintang kempen Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya juga akan berlangsung di MYDIN Mall seperti yang telah dijadualkan berikut:

MYDIN Mall USJ, Subang Jaya – 30 Mei 2015 (2:00 – 4:00 petang)
MYDIN Mall Gong Badak, Terengganu – 6 Jun 2015 (2:00 – 4:00 petang)
MYDIN Mall Parit Buntar, Perak – 7 Jun 2015 (2:30 – 4:30 petang)
MYDIN Mall MiTC, Melaka – 13 Jun 2015 (2:30 – 4:30 petang)

Bersama Rakan Selebriti Beramal Bersama Bintang

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 bersama Yeo's Malaysia

Marilah kita beramal bersama Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, Heliza Helmi dan AG pada Ramadan ini.

Untuk mengetahui cara penyertaan, layarilah laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau menghubungi talian di 1 300-80-2828

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya RM300,000 Bersama Yeo’s Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *