April 23, 2025

McDonald’s Malaysia Perkenalkan Menu Rahmah!

McDonald’s Malaysia Perkenalkan Menu Rahmah

McDonald’s Malaysia telah melancarkan Menu Rahmah hari ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, pada hanya RM5.

Penyertaan McDonald’s dalam inisiatif Menu Rahmah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ia merupakan usaha McDonald’s Malaysia dalam menyokong Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang mana merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membantu dan meringankan beban masyarakat dalam isu peningkatan kos sara hidup.

“Sebagai jenama yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia dengan sukacitanya menyokong inisiatif yang bermakna ini.

Dengan pelancaran Menu Rahmah McDonald’s Malaysia, ia membolehkan kami menyediakan hidangan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama menikmati hidangan kami pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja,” – Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia

McDonald’s Menu Rahmah

McDonald's Menu Rahmah

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 iaitu:

  • Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  • Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  • McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

McDonald’s juga akan melaksanakan kempen Promosi 30 Hari Ramadan yang mana para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik melalui aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *