Gula Cakery telah membuka cawangan kedua mereka yang diberi nama Gula Petite di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya.
Majlis perasmianya telah diadakan pada 30 April yang dirasmikan oleh Dato’ Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU.
Cawangan kedua ini dibuka selepas cawagan pertama Gula Cakery yang beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam memasuki usia setahun 6 bulan.
Menurut pemiliknya, Nor Arieni Adriena binti Mohd Ritzal,
Gula Petite berkongsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich dan hidangan minuman panas dan sejuk.
Ianya boleh dianggap sebagai mini Gula Cakery dimana kedua-duanya menyediakan lebih 13 jenis kek setiap hari dan setiap minggu mereka menukar jenis kek untuk memberi kepelbagaian pilihan kepada pelanggan.
Antara kek yang menjadi pilihan utama pembeli adalah kek Pandan Gula Melaka, Doubel Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries.
Sejarah Perniagaan Gula
Ia bermula dengan pengasasnya, Arieni yang sering membantu neneknya memasak dan membakar kek terutamanya menjelang Hari Raya.
Selepas mendalami pelbagai ilmu masakan, Arieni tampil dengan Gula Bakery, dimana beliau membuat kek berdasarkan tempahan yang diterima.
Kerana minat yang mendalam dalam mengajar, beliau turut membuka kelas bakeri di rumahnya. Beliau turut dibantu oleh ibunya, Nor Aini Muhid, atau lebih dikenali sebagai Gila Mummy dalam menghasilkan aneka kek.
Malah kedua-dua mereka pernah memecah rekod membuat aneka resepi selama 36 jam tanpa henti.
Mereka tampil dengan membuka kafe Gula Cakery pada September 2015 yang berkonsepkan perniagaan keluarga.
Pada hujung tahun 2015, ia telah dinamakan sebagai salah satu kafe berkonsepkan kekeluargaan yang terbaik di Kuala Lumpur oleh Time out KL.
Jika anda berkelapangan, boleh datang ke kafe terbaru mereka di :-
Gula Petite @ IOI City Mall, Putrajaya
(Berdekatan dengan kawasan Ice Skating)
Website : www.gulacakery.com
Facebook : Gula Cakery l Instagram : @Gulacakery
Email : Hello@gulacakery.com
Cawangan ketiga Gula Cakery bakal dibuka selepas puasa ini.
Pelancaran Buku Nota Resepi Istimewa Gula
Pada majlis ini juga, turut dilancarkan buku nota resipi istimewa yang mengandungi foto-foto menu selain vaucer diskaun untuk pembelian kek.
Buku nota ini tampil dengan 5 warna, dimana ia mengandungi beberapa perkongsian resipi ‘signature’ serta kisah disebalik setiap resipi kafe ini.
Ia boleh didapati di kafe Gula (Petite & Cakery) pada harga Rm85. Harga promosi RM75 untuk pembeli terawal.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Dapnye tgk dessert smua tu
Mau tak sedap… itu baru tengok.. belum rasa lagi hahahah