Tidak dinafikan, untuk berjimat cermat + memenuhi citarasa sendiri – Ramai memilih untuk DIY (Do It Yourself) perabot dan kelengkapan dalam rumah sendiri.
Bagi mereka yang ada kemahiran dan biasa melakukan aktiviti bertukang, mungkin tiada masalah untuk melakukan DIY.
Bagaimana pula dengan mereka yang baru nak belajar dan ingin mencuba?
Anda jangan risau, hari ini Bro ingin berkongsi 7 Tip Asas DIY (Do It Yourself) Di Rumah. Harap ianya mampu memberi sedikit gambaran sebelum anda mula melaksanakan projek DIY pertama anda.
7 Tip Asas Sebelum Memulakan Projek DIY (Do It Yourself) Di Rumah
Sebelum anda memulakan sebarang projek DIY yang gambarannya masih berlegar dalam fikiran anda. Apa kata anda beri sedikit perhatian kepada tip yang ingin Bro kongsikan.
1. Dapatkan Pendapat & Pandangan
Sekadar gambaran yang berlegar dalam fikiran anda belum tentu ianya dapat direalisasikan jika ia projek pertama anda. Maka anda perlu dapatkan beberapa pendapat dan pandangan supaya ianya mudah direalisasikan.
Anda boleh bertanya dengan mereka yang lebih pakar atau dapatkan tutorial dari mereka yang perlu DIY projek yang sama seperti anda terdahulu.
Anda jangan risau jika tidak tahu nak dapatkan pendapat & pandangan dari siapa.
Google kan ada he…23x
Anda hanya perlu Google sahaja apa yang ingin anda DIYkan (Kecuali benda itu, memang tiada sesiapa pernah buatkannya). Dari situ anda boleh dapat lebih gambaran untuk projek DIY pertama anda.
2. Guna Peralatan Yang Sepatutnya
Sebelum memulakan projek DIY perabot di rumah anda, anda perlu kenal pasti peralatan yang sepatutnya digunakan dan membantu anda menyiapkan projek DIY pertama anda.
Perabot yang dijual diluar harganya lebih mahal dari perabot DIY kerana kos buruh + kos peralatan yang mereka gunakan memang bersesuaian dalam memudahan mereka menyiapkannya dalam masa yang singkat.
Jika sehari mereka boleh menyiapkan 5-10 perabot. Anda mungkin ambil masa 5-10 hari untuk menyiapkan 1 perabot DIY he…23x
Kadangkala peralatan yang bersesuaian harganya agak mahal (tetapi berbaloi jika digunakan banyak kali) dan tak ramai yang berani gunakannya sedangkan ia dapat membantu anda memendekkan masa dari 10 minit punya kerja kepada beberapa saat.
Nanti Bro cerita di hujung artikle ini.
3. Work Smart, Bukan Work Semak
Pastikan cara kerja anda dilabelkan sebagai Work Smart dan bukannya ‘Work Semak’
Kenapa Bro cakap macam tue?
Sebab pemasangan bahagian perabot bukan seperti anda menyelesaikan ‘puzzle’. Kalau salah, boleh cabut dan pasang semula.
Sekali ok lagi. Kalau 2-3x perabot DIY anda risau tak jadi macam rupa perabot. Silap hari bulan anda sorokan dalam stor atau membuangnya he…23x
Anda perlu pastikan ukurannya sebelum mula memotong.
Pastikan juga ianya bahagaian yang tepat sebelum memasang skrew padanya. Ada kes pasang bahagian perabot dalam keadaan terbalik, tak pasal-pasal kena buka skrew semula.
Maka anda terpaksa buat kerja 2x dan hasilnya akan menjadi kurang cantik.
4. Buat Pelan, Bukan Buat Pelan-Pelan (Perlahan)
Sebelum memulakan DIY, pastikan anda mempunyai pelan (lakaran ‘blue print’). Ianya banyak membantu walaupun anda tidak pandai melukis.
Dari lakaran pelan ini, anda boleh rujuk ukuran, kedudukan dan juga rupa perabot yang akan DIYkan. Supaya anda tidak terkejut bila dapati perabot yang anda DIYkan tidak seperti yang anda bayangkan.
Mimpi ngeri kot..!!
Tak pasal-pasal ia menjadi projek DIY terakhir anda he…23x
5. Persediakan Diri Untuk Pelan B, Jika Pelan A Tidak Sesuai.
Kadangkala tak semua yang kita rancangan akan jadi seperti mana yang kita rancangan. Perlu ada ‘back-up plan’.
Mungkin sewaktu anda ‘install’ perabot pada mana-mana bahagian dalam rumah anda (terutama perabot bersaiz besar – karbinet dapur) ada ukuran terlari ataupun ianya tidak stabil disebabkan faktor lantai yang kurang rata.
Maka sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan.
Jika mantel anda tidak beberapa kuat, pasti anda akan ‘feed-up’ dan malas teruskan.
Kita perlu ingat, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Tarik nafas, bertenang dan fikir cara untuk mengubahsuaikan ia.
6. Perbanyakkan Bersabar
Masih merujuk kepada point No. 5.
Untuk membuat perabot DIY anda perlu perbanyakkan bersabar. Ini kerana bila projek DIY anda ada berlaku kecacatan, tika itu juga ada mulut cabul (yang tidak punyai insuran) akan membuatkan anda naik darah.
Percayalah…!!
Kecuali anda #ForeverAlone
7. Sebarang Kesilapan Boleh Diperbaiki
Tip terakhir yang ramai selalu terlupa bahawa sebarang kesiapan atau kecacatan pada hasil DIY sebenarnya boleh diperbaiki.
Jangan anggap kerana nila setitik habis susu sebelangga.
Sebab itu, ramai yang buat perabot DIY akan beli extra sebagai langkah berjaga-jaga. Mana tahu ada bahagaian yang terosak /terpatah sewaktu memotong atau cacat sewaktu memasang skrew berulang-ulang kali boleh ditukarkan dengan yang baru.
Jika tidak, anda perlu buat kerja 2x untuk pergi ke kedai semata-mata nak beli bahagian yang anda perlu gantikan.
Lagi satu, korang jangan risau.
Jika karbinet dapur anda buat gagal. Jangan risau, ia mungkin boleh bertukar jadi karbinet TV / ruang tamu atau bilik tidur.
Kalau malu nak tayangkan. Mungkin anda boleh pertimbangkan ia menjadi karbinet dalam stor anda. Sekurangnya kemas sikit stor anda bila ada karbinet sendiri he…23x
Jasa Kita Memperkenalkan Peralatan Berkuasa Dari Jerman – Metabo
Seperti yang Bro ada nyatakan pada point yang ke-2 mengenai pemilihan peralatan yang bersesuaian untuk bertukang. Bro ingin memperkenalkan kepada anda peralatan berkuasa dari jerman, Metabo.
Produk ini diedarkan di Malaysia oleh Jasa Kita yang telah bertapak selama 40 tahun dan mereka telah menjadi pengedar sah kepada beberapa jenama antarabangsa yang terkemuka.
Sebagai pengeluar alat kuasa berkualiti tinggi untuk pengguna profesional, Metabo menawarkan pelbagai pilihan alat profesional dan aksesori.
Ini adalah selaras dengan matlamat Jasa Kita untuk menyediakan pengguna dengan produk yang berkualiti premium.
Sumber Gambar – Isaactan.net
Menyedari kepentingan alat kuasa menggunakan bateri dalam pelbagai industri, Jasa Kita telah membawa masuk sejumlah besar model alat kuasa menggunakan bateri untuk membantu pengguna bekerja dengan kecekapan maksimum dan produktiviti.
Untuk menyokong pengguna, Jasa Kita juga akan menyediakan tempoh jaminan untuk bateri yang luar biasa selama 36 bulan (3 tahun).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.jasakita.com.my
menarik tips ni bro, kena lah cuba diy, tapi end up busy update blog je kami
Memang best ber DIY
Jenama baru dengar ni metabo