Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengajurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas.
Kempen ini telah berlangsung dari 15 Julai hingga Oktober 2022 dengan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000.
Ejen dan pengedar masing-masing mempunyai kriteria yang perlu dipenuhi bagi memenangi hadiah yang ditawarkan seperti membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton bagi kategori ejen dan 100 karton bagi kategori pengedar.
Selain daripada itu, ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi juga bakal menerima ganjaran berupa hadiah utama bagi kempen ini.
“‘Beli & Menang’ adalah sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas.” – Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah.
Pada majlis ini, LengQuas turut memperkenalkan produk terbaru, hidangan makanan pra-masak terdiri daripada :-
- Daging Masak Hitam
- Daging Dendeng
- Ayam Cili Padi
- Paru Goreng Berlada
Berbanding hidangan sejuk beku sedia dimakan yang telah dipasarkan sebelum ini, produk baharu ini menggunakan teknologi terkini iaitu sistem terma dikontaminasi yang memboleh produk disimpan pada suhu bilik.
LengQuas merupakan jenama di bawah KOPETRO Food Sdn Bhd, anak syarikat milik KOPETRO, mula dipasarkan sejak tahun 2019 dan telah menempah nama sebagai sebuah jenama makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai juadah tempatan.
LengQuas kini punyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya ternama.
Anda boleh layari laman sesawang www.kopetrofood.com.my atau hubungi 017-319 5764 untuk maklumat lanjut dan promosi-promosi terkini mengenai LengQuas.