April 20, 2024

HUAWEI MatePad SE 10.4″ Dijual Mulai 5 November 2022 Pada Harga RM999

Huawei MatePad SE Launch

HUAWEI MatePad SE 10.4-inci menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3 dilancarkan pada harga mampu milik pada RM999 dan boleh didapati mulai 5 November 2022.

Mulai hari ini sehingga 30 November 2022, pelanggan yang membeli MatePad SE 10.4-inci layak menerima hadiah percuma termasuk Sarung Folio (bernilai RM129), dan ganjaran eksklusif HMS bernilai sehingga RM200.

Ia menampilkan ciri-ciri yang memenuhi keperluan pengguna dengan menawarkan keselesaan untuk menonton dan melayari dengan mudah.

Hadir dengan skrin paparan berukuran 10.4-inci 2K Eye Comfort HUAWEI FullView Display yang telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-free yang terbukti melegakan keletihan mata dengan nisbah skrin-ke-badan yang mencapai 83%, menampilkan paparan jelas dan terperinci dengan sekali imbas.

Sebagai tablet yang dicipta untuk kegunaan seisi keluarga, berat HUAWEI MatePad SE 10.4-inci ini hanya 440g dan ia selesa untuk digenggam. Dengan daya ketahanan yang dipertingkatkan, tablet yang baharu ini sesuai untuk kegunaan si kecil.

Huawei Matepad SE info

HUAWEI MatePad SE 10.4-inci direka khas untuk penggunaan yang sempurna di rumah dengan paparannya yang luas untuk keselesaan pengguna dari semua peringkat umur berserta ciri audiovisual yang mengasyikkan.

Di sini dikongsikan harga bagi HUAWEI MatePad :

  • HUAWEI MatePad SE 10.4 inci (4+128 GB versi WiFi) pada harga RM999. PERCUMA Sarung Folio (bernilai RM129), dan ganjaran eksklusif HMS bernilai sehingga RM200.
  • HUAWEI MatePad SE 10.4 inci (4+64 GB versi LTE) pada harga RM999 (*Akan tersedia pada bulan Disember 2022)
  • HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci (8+256 GB) pada harga RM4,299. PERCUMA Papan kekunci magnetik pintar HUAWEI, HUAWEI M-Pencil (2 nd Gen). (*Akan tersedia pada bulan Disember 2022)

Anda boleh buat pembelian melalui HUAWEI Official Store di Shopee atau HUAWEI Flagship Store di Lazada.

Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini tentang HUAWEI MatePad SE 10.4-inci, anda boleh layari https://consumer.huawei.com/my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *