February 11, 2025

Siri Infinix Hot 20 Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM499

Siri Infinix Hot 20

Infinix Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas permulaan iaitu Siri Infinix HOT 20, terdiri daripada Infinix HOT 20 dan Infinix HOT 20i dengan harga bermula RM499.

Infinix Hot 20 dan Infinix Hot 20i telah diumumkan dengan harga jualan masing-masing, iaitu RM599 (6GB/128GB) dan RM499 (4GB/128GB).

Anda boleh dapatkannya bermula 4 November 2022 untuk jualan secara luar talian, manakala 11 November 2022 pula untuk jualan secara dalam talian yang ditawarkan secara eksklusif melalui Kedai Rasmi Infinix di Shopee.

Infinix Hot 20

Infinix Hot 20 dikuasakan oleh cip pemproses Mediatek Helio G85, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

RAM boleh dipertingkatkan sehingga 5GB untuk menjadikan jumlah RAM kepada 11GB bagi menampung penggunaan. Manakala storan boleh dipertingkatkan menggunakan Kad MikroSD, sehingga 1TB.

Hadir dengan skrin LCD IPS yang besar, seluas 6.82-inci HD dan kadar penyegaran 90Hz.

Lubang pada bahagian atas skrin, menempatkan kamera hadapan 8MP. Di belakang pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.6 dan kamera kedua AI, dengan teknologi Super Nightscape untuk menjadikan gambar waktu malam lebih cerah.

Punyai bateri berkapasiti 5,000mAh, mengecas melalui USB-C. Boleh didapati dalam empat varian warna iaitu hitam, biru, ungu dan putih.

Ia boleh dikatakan telefon paling murah dilancar bersama fungsi NFC, membolehkan pengguna membuat tambah nilai kad Touch n Go NFC terus di telefon pintar.

Infinix Hot 20i

Infinix Hot 20i pula adalah peranti lebih mampu milik, menggunakan cip pemproses Mediatek Helio G25 12nm.

Dengan harga di bawah RM500, anda boleh miliki peranti dengan storan sebesar 128GB bersama RAM 4GB. Storan oleh dipertingkatkan melalui slot kad mikroSD sehingga 512GB manakala RAM maya pula boleh diaktifkan sebanyak 3GB, menjadikan jumlah RAM kepada 7GB.

Hadir dengan Skrin LCD IPS sebesar 6.6-inci HD dengan bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP di dalamnya. Manakala kamera utama 13MP di bahagian belakang.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dan mengecas melalui USB-C. Boleh didapati dalam empat varian warna iaitu hitam, biru, hijau dan emas.

Harga jualan rasmi di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Infinix Hot 20 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM599
  • Infinix Hot 20i (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM499

Kedua-dua telefon ini boleh dibeli melalui Kedai Rasmi Infinix di Shopee bermula 11 November 2022.

Peraduan Fotografi SUPER NIGHTSCAPE Infinix Hot 20 50MP

Infinix Malaysia turut mengadakan peraduan fotografi untuk meraikan pelancaran Infinix HOT 20 dan memberi meraikan ciri utamanya yang terkenal, 50MP Super Nightscape Camera, dari 7 November 2022 hingga 6 Disember 2022.

Selain menjadi jenama yang memberi tumpuan kepada permainan atas talian, Infinix ingin untuk menggalakkan pengguna mereka menjadi #FastandFun dan mengasah bakat fotografi merekadengan memberi peluang kepada enam daripada mereka memenangi pelbagai produk Infinix bernilai sehingga RM20,000 secara keseluruhan.

Peraduan ini akan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, jadi nantikan laman Facebook rasmi Infinix untuk maklumat lanjut tentang cara untuk merebut hadiah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *