September 25, 2023

HUAWEI MatePad SE 10.4″ Harga Mampu Milik Untuk Seisi Rumah

HUAWEI MatePad SE 10.4 RM999
Bertuah rasanya bila menjadi yang terawal menggunakan HUAWEI MatePad SE 10.4″ yang dilancarkan bersama Siri Huawei Mate50 baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda,

HUAWEI MatePad SE 10.4″ menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3 yang direka khas untuk kegunaan pelbagai jenis isi rumah ini mampu memberikan kenikmatan hiburan yang mengagumkan pada harga mampu milik – RM999.

Sekiranya anda membeli MatePad SE 10.4″ sebelum 30 November 2022. Anda layak menerima hadiah percuma termasuk Sarung Folio (bernilai RM129), dan ganjaran eksklusif HMS bernilai sehingga RM200*.

Pembelian boleh dibuat melalui HUAWEI Official Store di Shopee atau HUAWEI Flagship Store di Lazada

* HUAWEI Video+ VIP and 2 HUAWEI Video Movie Pass percuma satu bulan (bernilai RM19), langganan MANGO TV percuma
satu bulan (bernilai RM9.90), langganan HUAWEI Music Premium percuma tiga bulan (bernilai RM44.70) dan Book Credits
bernilai 1 USD (400 baucar-R). Tertakluk pada terma dan syarat.

HUAWEI MatePad SE 10.4″ generasi baru ini menampilkan ciri-ciri yang memenuhi keperluan pengguna dengan menawarkan keselesaan untuk menonton dan melayari dengan mudah. MatePad SE ini mempunyai ciri-ciri terbaharu untuk pembelajaran dalam talian, pembacaan e-buku, dan melayari berita untuk kegunaan seisi keluarga.

Jom kita tengok apa ciri yang menarik ada pada HUAWEI MatePad SE 10.4″ ini :-

Paparan Skrin Yang Selesa Untuk Mata

Ia dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 10.4-inci 2K Eye Comfort HUAWEI FullView Display yang telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-free yang terbukti melegakan keletihan mata.

Nisbah skrin-ke-badan yang mencapai 83% menawarkan pengalaman menonton. Pelarasan kecerahan maksima sehingga 4096 berubah dalam masa nyata untuk penyesuaian dengan keadaan pencahayaan ambien sambil memastikan keselesaan mata pada setiap masa.

Maka tiada masalah kelesuan mata jika meluangkan lebih masa menatap paparan skrin pada HUAWEI MatePad SE 10.4″ ini. Sesuai sangat bagi kegunaan kanak-kanak.

Upin Ipin Huawei MatePad SE

Sebagai tablet yang dicipta untuk kegunaan seisi keluarga, berat HUAWEI MatePad SE 10.4″ ini hanya 440g dan ia selesa untuk digenggam terutamanya bagi kanak-kanak.

Dengan daya ketahanan yang dipertingkatkan, tablet yang baharu ini sesuai untuk kegunaan mereka.

Lagipun ia diperbuat daripada aloi aluminium, kemasan metalik berkilat HUAWEI MatePad SE menyempurnakan
lagi reka bentuk yang bergaya dengan elemen minimalis.

HarmonyOS 3: Peningkatan dalam Sistem Operasi

Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa HarmonyOS 3 memudahkan penggunaan tablet ini dengan kehadiran ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti penyusunan Service Widgets yang bersaiz sama, kombo Service Widgets dan pintasan saiz
berbeza untuk akses yang lebih mudah kepada kandungan dan ciri kegemaran anda.

Ciri berbilang tetingkap serba baharu menjadikan tablet ini menonjol sebagai peranti pelbagai tugas dengan sokongan sehingga tiga tugas secara serentak.

Ciri pengganda aplikasi yang baharu pula membolehkan anda membuka sehingga tiga (3) tugasan berterusan dalam satu aplikasi. Contohnya. apabila anda membuka Whatsapp untuk bersembang, anda boleh menyusun dua tetingkap lain secara bersebelahan berserta satu lagi tetingkap terapung.

Sesuai sangat bagi mereka yang suka melakukan 2-3 kerja pada satu masa.

Di sini Bro kongsikan harga bagi HUAWEI MatePad :

  • HUAWEI MatePad SE 10.4 inci (4+128 GB versi WiFi) pada harga RM999. PERCUMA Sarung Folio (bernilai RM129), dan ganjaran eksklusif HMS bernilai sehingga RM200.
  • HUAWEI MatePad SE 10.4 inci (4+64 GB versi LTE) pada harga RM999 (*Akan tersedia pada bulan Disember 2022)
  • HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci (8+256 GB) pada harga RM4,299. PERCUMA Papan kekunci magnetik pintar HUAWEI, HUAWEI M-Pencil (2 nd Gen). (*Akan tersedia pada bulan Disember 2022)

Anda boleh buat pembelian melalui HUAWEI Official Store di Shopee atau HUAWEI Flagship Store di Lazada.

Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini tentang HUAWEI MatePad SE 10.4-inci, anda boleh layari https://consumer.huawei.com/my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *