Kita selalu dilambakkan dengan cerita romantik aka jiwang-jiwang dari Korea selain K-Pop yang menjadi kegilaan ramai remaja Malaysia.
Cuba sekali sekala kita ubah angin.
Masih juga melibatkan Korea cuma genre sahaja yang berbeza. Tetapi berbaloi untuk anda tonton.
My Way : Filem Perang Dari Korea
Ianya merupakan sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara.
Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka.
Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik
Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.
Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.
Apa yang akan terjadi kepada mereka… Jeng Jeng Jeng…..
Tunggu di pawagam pada 19 April 2012. Dalam masa yang sama anda boleh ikuti perkembangan filem ini di Malaysia dengan mengikutinya di facebook : Filem My Way.
Jom layan trailer filem ini.
best!
Jom layan nanti dekat pawagam
wah..Jarang jumpa filem perang dari korea..biasa dari jepun je..:)
Sekali sekala moh kita layan cerita korea pula
yups..mmg..nak juga layan cerita korea ni..hehehe
waa memang minat filem perang korea..hehe
Ada geng la nie nanti.. layan
Ooo Saya Xminat K-Pop ok..xsemua.. pergh layan korea dan peperangan plak..interesting.
Bro pun layan K-Pop.. tapi dah lupa siapa artis tue…
Suka tengok video klip dia je
Geli la tgok K-Pop ni… Malysian punya lagilah, OMG!
mcm bes..tmbh2 jang dong gun lak yg blakon..hehe
Amboi.. dah ade pelakon yang diminati berlakon ek
haha..smestinya..
wah… baru tengok trailer dia pun dah best ni…
Nampak gempak.. filem nie berbajet tgi juga nie…
Bro minggu depan akan tengok cerita nie…
tak sangka anak bogsu sy minat citer perang gak..bole kami layan sama2 ,19 april ni.
Boleh aja…
best jugak… ;)
Bro minggu depan akan tengok cite nie
Nak try tengok cite ne,rase macam ada elemen sentimental value tu
Harapnya macam tue la.. tapi cam berat gak cerita nie…
Tengok trailer pun cam menarik je
mesti kena tengok ni…minat jugak layan movie2 macam ni…filem ni dikatakan mengeluarkan belanja yang besar sehingga 28 billion won (24.92 million USD) :D