December 5, 2024

Review Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

David Teo Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu

Selepas 17 tahun, kesinambungan filem seram ikonik Jangan Pandang Belakang kini diteruskan dengan sekuel berjudul Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (JPB2).

Filem ini menandakan kebangkitan semula Metrowealth International Group (MIG) dalam industri perfileman Malaysia setelah 7 tahun menyepi dalam menerbitkan filem dengan judul terakhirnya Kolestrol VS Cinta.

Filem arahan Pierre Andre, yang sinonim dengan filem seram tempatan, menjadikan JPB2 sebagai sebuah karya yang dinanti-nantikan oleh peminat genre ini.

Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

Poster Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu

Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu meneruskan kisah mistik keluarga Mak Lang yang mewarisi saka keluarga mereka.

Selepas kematian Opah, saka tersebut kehilangan tuan dan mula mendampingi Mak Lang yang semakin uzur. Gangguan demi gangguan menghantui Lynn, ahli keluarga yang menjadi sasaran berikutnya.

Situasi semakin tegang apabila Lynn terpaksa berhadapan dengan peristiwa misteri yang menganggu kehidupan hariannya.

Tanpa sedari, selama ini yang menganggu mereka bukanlah saka keluarga (ikutkan filem pertama, saka itu telah dibuang dan ditanam) tetapi ‘sesuatu’ yang dihantar kepada mereka.

Kisah ini penuh dengan unsur seram dan dramatik yang mencerminkan konflik keluarga serta perjuangan Lynn untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa gelap. Filem ini turut mengupas tema kepercayaan dan hubungan antara generasi dalam keluarga.

Barisan Pelakon Review Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu

Di bawah arahan Pierre Andre, yang terkenal dengan sentuhan uniknya dalam genre seram. Mampu membuang bulu roma anda meremang sepanjang menonton filem ini.

Filem ini menampilkan pelakon berbakat seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, dan lagenda industri seperti Khatijah Tan dan Ruminah Sidek.

Dengan kombinasi pelakon senior dan baharu, Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu memberikan dinamik lakonan yang menarik serta memperkukuh elemen emosi dalam filem ini.

Trailer Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

Pengarahan dan Sentuhan Magis Pierre Andre
Pierre Andre kembali ke layar perak selepas 10 tahun menyepi, membawa perspektif baharu dalam arahan filem seram.

Keupayaannya mencipta suasana seram yang efektif dipadukan dengan elemen penceritaan yang mendalam. Sentuhannya memastikan filem ini relevan dengan penonton moden, namun tetap menghormati elemen klasik seram tempatan.

Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu bakal ditayangkan di 14 negara, termasuk Australia, Rusia, Turki, dan negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.

Ini merupakan satu pencapaian luar biasa untuk filem tempatan, sekaligus mencerminkan penerimaan antarabangsa terhadap filem seram Malaysia. Berbanding filem asal yang hanya ditayangkan di enam negara, sekuel ini menunjukkan perkembangan besar dalam strategi pemasaran MIG.

MIG menyasarkan kutipan RM30 juta untuk JPB2, satu angka yang optimis berdasarkan potensi pasaran antarabangsa dan kenaikan harga tiket. Sebagai perbandingan, filem asal meraih RM7.4 juta ketika ditayangkan pada 2007, dengan harga tiket sekitar RM6 hingga RM8.

Review Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu oleh Bro Framestone

Review Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu, merupakan salah satu filem yang amat Bro nantikan sejak mengetahui naskah ini bakal diterbitkan dimana ia akan menerima sentuhan dari pengarah berbakat besar Pierre Andre.

Bro juga telah diperkenalkan kepada barisan pelakon sebelum pengambaran filem ini dimulakan.

10 minit pertama, filem ini mampu membuat sesetangah penonton beremosi, dan meremang bulunya dengan susunan plot yang mendebarkan. Ada yang awal-awalnya dah tutup muka.

Sentuhan emosional serta konflik yang kompleks menjadikan filem ini lebih daripada sekadar filem seram biasa. Nampak kematangan pada sentuhan Pierre Andre yang pernah digelar sebagai King Of Horror.

Penggunaan teknik penggambaran moden dan lakonan yang berkesan turut dipuji.Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu bukan sekadar sebuah filem seram, tetapi juga simbol kebangkitan semula MIG dalam industri filem tempatan.

Dengan barisan pelakon berbakat, pengarahan yang berkesan, dan penerimaan antarabangsa, filem ini berpotensi mencipta fenomena baharu.

Maka, korang jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam bermula 21 November 2024.

Dalam perkembangan lain, MIG juga telah siap penggambaran dan menunggu tarikh tayangan bagi Dua FILEM lain iaitu, Dajal “ Satu Malam di peDajal “ dan CITRA APARTMENT yang dijangka akan menemui penonton pada awal tahun 2025.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *