April 29, 2024

Perkara Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G
Salah satu peranti yang amat dinantikan, yakni Siri Samsung Galaxy S21 dari Samsung yang telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia awal tahun 2021.

Antaranya Samsung Galaxy S21 5G, Samsung Galaxy S21+ 5G dan yang sedang Bro gunakan sekarang, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G.

Boleh dikatakan versi kali ini hadir dengan penambahbaikan kepada versi terdahulu yakni Samsung Galaxy S20.

So untuk artikel kali ini, Bro ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu korang tahu mengenai Samsung Galaxy S21 Ultra 5G yang boleh didapati pada harga bermula dari RM5,299.

Wowwww….!!! Kenapa mahal gila harga dia? Apa kata korang teruskan membaca :)

Paparan Skrin Dipertingkatkan dengan ‘Eye Comfort Shield’

Paparan Galaxy S21

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G didatangkan dengan paparan bersaiz 6.8 inci Edge QHD Dipertingkatkan (QHD+) bersama paparan Infinity-O dengan resolusi 3,200 x 1,440.

Paparan variasi ini pula mempunyai kadar segar semula 120Hz bersama teknologi paparan penjagaan mata atau ‘Eye Comfort Shield’. Oleh itu, mata tidak pedih atau penat dan memberi keselesaan ketika menontonan video atau bermain game bagi tempoh masa yang lama.

Manakala untuk keselamatan, pengimbas cap jari juga tersedia pada skrin dibahagian bawahnya.

Kamera Mampu Menghasilkan Video Berdefinasi 8K

Kamera Galaxy S21 Ultra 5G

Galaxy S21 Ultra 5G hadir dengan kamera berdefinisi tinggi sensor 108 megapiksel (MP), mampu menghasilkan gambar berkualiti, warna terang dan memukau.

peranti Galaxy S21 Ultra 5G juga mampu menghasilkan video berdefinisi 8K, resolusi paling tinggi berbanding telefon pintar lain di pasaran.

Menariknya, pengguna boleh memanfaatkan video itu untuk menukar mana-mana babak video ke gambar berkualiti sehingga 33MP.

Untuk fungsi rakaman video 4K 60 bingkai sesaat, Galaxy S21 Ultra 5G berfungsi untuk pelbagai sudut sama ada ultra lebar, lebar, tele atau hadapan.

Bergerak seiring teknologi terkini, peranti ini juga disertakan fungsi Artificial Intelligent (AI) pada kameranya.

Dengan fungsi ini, pengguna boleh menghasilkan gambar potret setanding fotografi profesional di studio.

Fungsi AI Face Restoration, Face Retouch dan Selfie Color Tone pula membantu menghilangkan cela di wajah serta mengekalkan tona dan tekstur asal kulit, menjadikan swafoto tampak semula jadi.

Pada masa sama, pengguna juga boleh memanfaatkan fungsi Portrait Lighting Effect seperti semula jadi, mono dan latar belakang untuk hasil gambar lebih memukau.

Di sini Bro kongsikan beberapa gambar yang sempat Bro ambil menggunakan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Sarang Burung

Bunga Purple

Selain itu, peranti ini turut disertakan sistem lensa Dual Zoom, dengan kelebihan 100 kali zum serta teknologi fokus automatik Laser AF dan Dual Pixel AF, membolehkan hasil zum lebih tepat serta jelas.

Ia juga disertakan dengan teknologi zum resolusi super AI, mampu meminimumkan kesan kabur dan meningkatkan kualiti gambar ketika zum.

Selain mengambil gambar waktu siang, berkarya di malam hari juga satu keperluan.

Sensor pencahayaan malam pada kamera Galaxy S21 Ultra 5G membolehkan anda mengambil gambar lebih jelas dengan warna terang walaupun dalam keadaan gelap.

Peranti ini juga mempunyai mod Advanced Night dengan kemampuan ‘multi-frame blending’ lebih pantas, membuatkan gambar malam lebih jelas, teliti dan kesan bintik yang kurang.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Untuk pengetahuan korang, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G dikuasakan oleh pemproses Samsung Exynos 2100 (5nm) bersama 12GB memori (RAM) menggunakan binaan LPDDR5 dan ruangan storan bersaiz 256GB.

Terdapat juga versi yang didatangkan dengan 16GB RAM bersama 512GB storan.

Galaxy S21 Ultra 5G hadir dengan bateri berkapasiti besar  5,000mAh sesuai dengan keperluan peranti bagi membantu pengguna untuk menikmati pengalaman penggunaan tanpa henti dan memuaskan.

Korang juga tidak perlu risau kerana telefon pintar ini turut disertakan teknologi pengecasan super pantas berwayar 25watt (W) dan pengecasan pantas tanpa wayar 2.0 15W.

Kekurangan Pada Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Samsung Cable Usb Type C

Tidak dinafikan bahawa Samsung Galaxy S21 Ultra 5G antara yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri bagi memenuhi cita rasa dan keperluan gaya hidup terkini.

Apa yang Bro perasan sewaktu unboxing Samsung Galaxy S21 Ultra 5G, memang tiada disertakan kepala pengecas dalam kotaknya. Hanya terdapat kabel jenis USB-C ke USB-C sahaja.

Sekiranya  ingin memiliki Samsung Galaxy S21 Ultra 5G ini, maka korang perlu membeli kepala pengecas pantas 25W secara berasingan. Dengar cerita, harganya telah dikurangkan oleh pihak Samsung Malaysia.

Kehadiran kabel jenis USB-C ke USB-C juga tidak banyak membantu sekiranya korang ingin memindahkan file yang besar dari telefon pintar ke komputer riba / PC.

SIM Tray Samsung Galaxy S21

Bro juga dapati, model ini tidak menyokong storan tambahan.

Bagi sesetengah telefon pintar, memang disediakan ruangan penambahan kad micro SD pada SIM Tray. Cuma untuk model ini, SIM Tray hanya menyokong dwi Nano SIM. Tiada ruang untuk kad micro SD.

Adakah pihak Samsung menjangkakan penggunaan ruang storan bersaiz 256GB & 512GB sudah mencukupi buat penggunanya?

Bukan itu sahaja.

S Pen juga tidak disediakan walaupun keupayaan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G lebih terserlah dengan adanya S Pen sama seperri model Samsung Galaxy Note terdahulu.

Sekiranya korang jenis yang biasa melakar atau menulis sesuatu pada telefon pintar, korang boleh dapatkan S Pen secara berasingan.

Harga Samsung Galaxy S21 Series

Galaxy S21 Series 5G

Seperti mana yang Bro kongsikan di awal artikel,

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G yang boleh didapati pada harga RM5,299 untuk versi 12GB+256GB manakala untuk versi 16GB+512GB pada harga RM5,899.

Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy S21 Ultra 5G, korang boleh layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s21-ultra-5g/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *