March 18, 2025

Proton X70, Kereta SUV Pilihan Seisi Keluarga

Pemanduan Proton X70

Sedang mencari kereta SUV yang sesuai bagi mereka yang berkeluarga, nampak mewah / premium pada harga berpatutan, Proton X70 lah jawapannya.

Untuk pengetahuan anda,

Proton X70 ialah model SUV premium pertama daripada Proton dan juga model pertama dibangunkan dengan kerjasama Geely dengan engin berkapasiti 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI).

Tahun 2022, Proton telah memperkenalkan varasi Proton X70 dengan engin berkapasiti 1.5 liter dengan harga bermula dari RM98k.

Baru-baru ini Bro sekeluarga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Proton X70 1.8L Premium 2WD. Memang satu pengalaman yang berharga selepas beberapa tahun, kami tidak menggunakan SUV.

So, kali ini Bro kongsikan beberapa perkara yang menarik tentang Proton X70 yang perlu anda tahu sebelum menjadikan ia sebagai kereta keluarga anda.

Menarik Tentang Proton X70

Variasi Warna Proton X70

1 – Pilihan warna & variasi.

Perkara yang memeningkan kepala waktu membeli kereta adalah tentang pemilihan warna dan variasi (kemampuan & keinginan setiap orang berbeza).

Buat masa ini, Proton X70 hadir dengan 2 kapasiti enjin yakni 1.8L dan 1.5L dengan varasi :

  • Standard 2WD
  • Executive 2WD
  • Premium 2WD
  • Premium X 2WD

Selain itu, ianya turut hadir dengan 6 pilihan warna :

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Jet Grey
  • Ruby Red
  • Cinnamon Brown
  • Space Grey
* Hanya Proton X70 Standard 2WD tidak didatangkan dengan warna Ruby Red, Cinnamon Brown & Space Gray.

Dilengkapi transmisi enam kelajuan automatik dan manual yang turut ditawarkan dengan mod Normal, Eco dan Sport bagi disesuaikan dengan gaya pemanduan individu.

2 – Hadir dengan ciri-ciri keselamatan

Proton X70 Safety

Faktor keselamatan juga perlu dititik berat dalam mebuat keputusan untuk pemilihan kereta keluarga.

Proton X70 hadir dengan 6 beg udara SRS yang terdapat pada dashboard hadapan dan juga pada bahagian sisi tempat duduk untuk memberi perlindungan maksima sekiranya berlaku impak pada kenderaan.

Proton X70 Airbags
Kedudukan airbags pada Proton X70

Ia juga didatangkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang akan membantu memudahkan anda sebagai pemandu, memandu dijalan raya.

Dibantu pula dengan pandangan kamera 360 dengan paparan 3D memudahkan anda melihat keadaan sekeliling kenderaan ketika memandu, berhenti mahupun meletak kenderaan.

Bagi Bro, fungsi ini agak membantu lebih-lebih lagi bila kita memandu kenderaan SUV yang agak lebar di laluan yang sempit. Paparan 360 ini buat kita nampak keadaan sekeliling kereta kita seperti dipantau melalui satelit.

Selain itu, terdapat juga sistem penulenan udara pintar (P-IAPS); gabungan penapis kabin N95 (dalam penghawa dingin) & sistem penulenan udara. Ia berfungsi 2x lebih cekap untuk meningkatkan kualiti udara dalam kabin.

3 – Rekabentuk Premium seakan menaiki kereta SUV yang mahal

Rekabentuk Proton X70

Bagi mereka yang mempunyai citarasa tinggi tetapi kurang berkemampuan untuk dapatkan kereta import, Proton X70 adalah jawapannya.

Ia hadir dengan rekabentuk premium seakan-akan sama seperti yang ditawarkan oleh kereta SUV dari jenama lain yang boleh didapati dengan harga lebih mahal (boleh mencecah harga RM200k).

Anda boleh rasai pengalaman & rasa premium bila memandu Proton X70 dengan harga yang lebih rendah.

Anda boleh dapati kemasan hitam kuarza pada bumper hadapan & belakang, bersama roda aloi bersaiz 19″, pintu belakang untuk bonet berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa.

Lebih menarik, terdapat ‘welcome lamps’ terpasang di bahagian bawah pintu hadapan kereta dengan memaparkan logo Proton.

Tidak lupa juga terdapat Sunroof yang luas sekiranya anda (selalunya penumpang) ingin menikmati pemandangan dibahagian atas ketika dalam perjalanan dan ianya boleh dibuka untuk merasai angin luar.

4 – Kereta Mesra Keluarga

Tempat Duduk Belakang Proton X70

Tempat duduk belakang juga agak selesa dan luas sesuai bagi mereka yang mempunyai anak lebih dari 2 orang. Memberi keselesaan kepada penumpang terutamanya bagi perjalanan jauh.

Dari segi penyejuk udara, terdapat Dual Zone penghawa dingin automatik bagi mengawal suhu udara dalam kereta secara optima, bersama dengan sistem penulenan udara bagi meningkatkan kualiti udara dalam kabin sehingga 2x ganda.

Terdapat juga 6 port USB menyelesaikan isu pengecasan yang mencukupi (biasanya jika anak-anak ingin mengecas gajet mereka didalam kereta) pada bahagian hadapan dan tempat duduk belakang.

Pintu bonet dibahagian belakang, boleh dibuka menggunakan ‘foot sensor’ yang mengesan pergerakan kaki bagi memudahkan anda membukanya sekiranya tangan penuh dengan barang.

Proton X70 juga merupakan “kereta bercakap” pertama daripada Proton dengan arahan suara pintar di mana anda hanya perlu menyebut frasa ‘Hi, Proton‘ untuk mengawal ciri seperti tingkap kuasa, penyaman udara, navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.

5 – Harga Proton X70 baru 2024

Promosi Proton X70 2024

Harga bagi setiap varian kereta X70 baru 2024 di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

  • X70 1.5 TGDI STANDARD 2WD: RM98,123
  • X70 1.5 TGDI EXECUTIVE 2WD: RM110,123
  • X70 1.5 TGDI EXECUTIVE AWD: RM116,123
  • X70 1.5 TGDI PREMIUM 2WD: RM123,123
  • X70 1.8 TGDI PREMIUM 2WD: RM125,233

Untuk maklumat lanjut mengenai Proton X70 atau model berlainan dari Proton, anda boleh layari www.proton.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *