Untuk menjayakan ‘Misi Kebersihan’, Dettol bersama Kementerian Pendidikan telah melancarkan Program Misi Kebersihan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam.
Memasuki tahun ke-4 penganjurannya,
Program ini bertujuan memperkenalkan tabiat menjaga kebersihan dikalangan pelajar sekolah supaya mereka sentiasa dididik untuk mengamalkan kebersihan sama ada di sekolah mahupun dirumah.
Hingga kini, misi ini telah dimenjangkau 350,000 pelajar sekolah. Sasaran tahun ini untuk mendekati 150,000 pelajar dari 200 sekolah rendah + 50 tadika seluruh Malaysia.
Dalam tempih 10 tahun akan datang,
Pihak Dettol mensasarkan penglibatan 2.7 juta pelajar sekolah rendah akan menjayakan misi ini.
Kempen Misi Kebersihan Dettol
Untuk menjayakan misi kali ini, Dettol memfokuskan pada kebersihan perkarangan sekolah dan bebas kuman untuk menyediakan suasana pembelajaran yang lebih baik.
Maka tahun ini, sekolah rendah yang mengambil bahagian digalakkan melakukan beberapa aktiviti gotong-royong berkaitan dengan kebersihan tandas. Bagi menyertainya setiap sekolah dikehendakan menghantar gambar keadaan sebelum dan selepas tandas dibersihkan.
Mereka juga perlu melukis mural logo Dettol di hadapan tandas bersama Tema Misi Dettol, ‘Better Hygiene, Better Health’ untuk mengingatkan pelajar sekolah untuk membasuh tangan mereka.
Untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penyertaan di kalangan kanak-kanak, Dettol telah mereka bentuk beberapa aktiviti menarik.
Salah satu darinya, adalah lakaran pendidikan penjagaan kebersihan tangan bagi memudahkan pelajar memahami kepentingan kebersihan tangan.
Tabiat penjagaan kebersihan yang baik perlu diterapkan dalam kurikulum sekolah untuk mengelakkan kuman berbahaya merebak dalam persekitaran bilik darjah.
Penjagaan kebersihan yang kurang memudahkan kuman pada tangan mereka tersebar pada ke tempat-tempat mereka menyentuh di sekolah.
Bila ia memberi kesan pada kesihatan pelajar itu tadi dan memaksa mereka untuk tidak hadir ke sekolah, sekaligus memberi kesan kepada momentum pembelajaran dan kemajuan pelajar tersebut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.dettol.com.my