April 12, 2021

Samsung Galaxy A32, A52 & A72 Bakal Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia

Samsung Galaxy A32, A52, A72

Samsung dikatakan bakal membawa masuk telefon pintar terbaru mereka Samsung Galaxy A32, A52 & A72 untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Ketiga-tiga model ini telah diperkenalkan kepada umum semalam (17hb Mar 2021).

Buat masa ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak Samsung mengenai tarikh dan harga peranti ini untuk pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, Bro berkenan untuk berkongsi sedikit info mengenai Samsung Galaxy A32, A52 & A72 yang perlu anda tahu. Mana tahu ada model yang berkenan di hati korang, terus boleh sambar bila ia mula di jual di Malaysia nanti.

Samsung Galaxy A32 – Peranti Kelas Pertengahan

Samsung Galaxy A32

Galaxy A32 merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang direka untuk mereka yang aktif dengan kegiatan hiburan.

Ia hadir dengan kamera kuad 64MP, membolehkan anda untuk menangkap gambar yang terang dan jelas sepanjang hari. Lensa Ultra-Lebar 8MP mempunyai medan pandangan 123-darjah, menambahkan perspektif kepada imej – sesuai untuk menangkap gambar landskap yang tinggi. Selain itu, lensa Makro 5MP dapat menangkap gambar secara jarak dekat.

Ditambah lagi, kamera Depth 5MP dapat menangkap gambar potret dalam mod Portrait, manakala kamera hadapan 20MP membolehkan anda mengambil swafoto – sesuai untuk dimuat naik dalam sosial media.

Bagi mereka yang mahir dengan penggambaran, Galaxy A32 juga menyediakan mod Hyperlapse, Night mode, Slow-mo, Panorama dan Pro.

Untuk memberikan pengalaman tontonan berkualiti tinggi, Galaxy A32 tersedia dengan skrin 6.4-inch FHD + Super AMOLED Infinity-U Display, dengan kadar segar semula 90Hz.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G80 Octa Core (Dual 2.0GHz + Hexa 1.8GHz) dengan bateri berkapasiti 5,000mAH yang menyokong Pengecasan Pantas 15W.

Peranti ini hadir dengan memori 8GB RAM dan ruangan penyimpan sebesar 128GB (boleh dipertingkatan sehingga 1TB dengan kad MicroSD).

Galaxy A32 tersedia dalam empat warna yang menarik – Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A32, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-awesome-violet-128gb-sm-a325flvixme

Galaxy A32, A52, A72
Samsung Galaxy A32, A52 & A72

Samsung Galaxy A52 & A72

Samsung Galaxy A52 & A72 pula memudahkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, paparan skrin jelas serta pengskrolan yang mudah.

Ia turut didatangkan dengan ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan anda. Walaupun reka bentuk yang sederhana namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.

Samsung Galaxy A52 | A72

Galaxy A52 dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400) yang menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz, manakala Galaxy A72 pula hadir dengan paparan lebih besar 6.7-inci.

Kedua-duanya dikuasakan oleh cip pemprosesan Octa-Core dengan kelajuan mencecah 2.3GHz, memori 8GB RAM, ruangan penyimpan sebesar 256GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh (A52) & 5,000 mAh (A72) yang menyokong Pengecasan Pantas 25W. Lebih menarik, jangka hayat baterinya mampu bertahan sehingga 2 hari.

Samsung juga telah meningkatkan tahap kualiti kamera, dan Galaxy A52 dan A72 adalah buktinya.

Anda kini dapat makam gambar dan video dengan mudah, menggunakan kamera kuad resolusi tinggi 64MP. Terdapat fungsi 4K Video Snap yang membolehkan anda untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K.

Galaxy A52 hadir dengan kamera utama terdiri dengan sensor 64-Megapixel (utama) (f/1.8) bersama sokongan OIS (optical image stabilization) bersama dengan tiga sensor lain iaitu 12-Megapixel (f/2.2) (Ultra-lebar) + 5-Megapixel (f/2.4) (Makro) + 5-Megapixel (f/2.4) (Kedalaman). Kamera utama ini turut menyertakan sokongan Digital Zoom sehingga 10X. Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Sama seperti A52, Galaxy A72 didatangkan dengan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) (f/1.8) bersama sokongan OIS (optical image stabilization), diikuti dengan sensor 12-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2) + 8-Megapixel (Telefoto) (f/2.4) + 5-Megapixel (Makro) (f/2.4).

Yang membezakan kedua model ini, kamera utama A72 turut dilengkapi sokongan 3X Optical Zoom dan Digital Zoom sehingga 30X.

Siri Galaxy A baharu ini akan tersedia dalam Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White

Untuk maklumat lanjut berkenaan Samsung Galaxy A52 dan A72, anda boleh layari www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/smartphones/.

Buat masa ini, belum ada kenyataan rasmi dari pihak Samsung Malaysia mengenai tarikh dan harga bagi ketiga-tiga model ini untuk pasaran Malaysia.

Stay tune….!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Samsung Galaxy A32, A52 & A72 Bakal Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *