Vivo telah mengumumkan kerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaja Piala Dunia FIFA untuk tempoh enam tahun, melibatkan dua liga perlawanan bola sepak.
Ini bermakna Vivo bakal menjadi penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
Sebagai jenama telefon pintar yang menjadi penaja rasmi FIFA World Cup, Vivo akan menaja Piala Konfederasi FIFA 2017, Piala Dunia FIFA di Rusia, Piala Konfederasi FIFA 2021 dan juga Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.
Melalui pengaruh global yang cukup besar, kerjasama selama enam tahun ini bakal membawa Vivo ke tahap yang lebih tinggi khususnya melibatkan pendedahan jenama telefon pintar ini di peringkat antarabangsa.

Logo Vivo akan dipamerkan dalam setiap perlawanan yang diadakan termasuklah di papan iklan yang terdapat di padang bola, tiket perlawanan, siaran media, backdrop dan lain-lain lokasi promosi utama.
Hak yang diberikan oleh FIFA termasuklah program pemasaran khusus seperti menjemput jurugambar Vivo untuk mengambil gambar pemain semasa sesi memanaskan badan.
Tidak lama lagi, Vivo juga akan memperkenalkan FIFA World Cupphone yang menawarkan pengalaman lain dari yang lain untuk pengguna Vivo dan para peminat bola sepak.
Selain daripada itu, kakitangan FIFA juga akan menggunakan telefon pintar Vivo sepanjang perlawanan dan Piala Konfederasi FIFA 2017 yang bermula pada 17 Jun ini bakal menandakan permulaan kerjasama di antara Vivo dan FIFA.
Klik Untuk Baca : Vivo Official Sponsor of the 2018 and 2022 FIFA World Cup™
terbaiklah vivo.. kualiti video dengan kamera memang cun
Bro belum pernah cuba guna Vivo lagi
Suka juga Vivo nih dapat Vivo V5 pun dah ok.
Rugi pula rasa tak beli time ada promotion kat Aeon S2 haritu huhuhu…
Nanti, ada la promosinya.. Tgu je… Tapi prepare duit dulu tau ;)