Adakah anda peminat-peminat setia rancangan ‘Oh My English!’?
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan episod kemuncak musim pertama rancangan popular ‘Oh My English!’ pada 16 September, pukul 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610).
Episod kemuncak ‘Oh My English!’ akan disiarkan selama sejam dan menampilkan barisan pelakon terkenal tanahair.
Untuk episod kemuncak, terdapat kemunculan istimewa dari Rozita Che Wan dan Tauke Raja Lawak serta penyanyi-penyanyi muda terkenal seperti Altimet, Rabbit Mac, Point Blanc dan juga Ila Damiaa.
Dalam episod kemuncak,
Mr. Middleton (lakonan Zain Saidin) mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan pulang ke England. Sejurus berita ini diketahui oleh para pelajar di Kelas 3 Merah, mereka amat gusar dan memikirkan cara untuk membuat beliau untuk terus kekal di sekolah itu.
Mereka mendapat idea untuk mencari seorang teman wanita tempatan untuk dijodohkan bersama guru kesayangan mereka semata-mata tidak mahu melihat guru mereka pergi. Adakah mereka akan berjaya menukar fikiran Mr. Middleton? Atau adakah ini merupakan kali terakhir mereka bersama di kelas 3 Merah?
Pastikan akan menonton episod kemuncak ‘Oh My English!’ pada 16 September (hari Ahad) pada jam 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610). Siaran ulangan akan disiarkan pada hari yang sama jam 2 petang, 6 petang dan 9 malam.
Lupa nak bagitau, Rozita Che Wan ada Facebook.
takkan miss punyer lah..
Bro miss tadi. Sampai kampung, sekali tiada orang dekat rumah.
So memang tak dapat nak tengok tv T-T
honestly, xpernah tengok sbb xde astro di rumah.. :(
Kalau ada Astro pun, sian dia sebab tak dapat nak tengok muka tuannya di rumah he..23x
tak dapat tengok bro sebab tak ada astro kat rumah.
Tak apa, boleh tengok dilaman dorang
Suker tengok Oh My English sebab kelakar dan pada masa yang sama dapat ilmu.
memang kelakar.. 2-3x tengok dalam satu hari pun tak puas
wah..rozita che wan pun ada tu.. hehehe
Hang berkenan ke?
alamakk, terlepas den.. haha. sbb gi open house nye psl.
mmg layan Oh My English ni dari episod awal2 dulu…best layan…pasti akan ada musim kedua…:D
cikta dah nampak berusia bila duk sebelah budak muda :)
X mengikuti sangatle..
dari blog NUR
ramai kata best… tapi umah kak mia takde astro la… huhuhuhu